Wednesday, November 25, 2009

Musim Tengkujuh




Assalamualaikum..saperti biasalah bila tiba bulan November setiap tahun maka kawasan Pantai Timur akan mengalami suasana monsun..musim tengkujuh..hujan yang berterusan..kekadang bila hujan berlarutan tanpa henti ..terjadilah banjir..
minggu ini dah 2..3 hari hujan..sekejap renyai ..sekejap lebat..kain yang dibasuh pun tak kering..sejuk jer..
aktibiti pun kurang meriah...cuma yang pasti aktibiti makan nampak lebih rancak...haha....badan aku pun dah naik ni...huhu....asyik lapar jer time2 hujan ni....
Harap2 banjir kali ni tak akan menyebabkan kerosakan harta benda yang teruk dan kehilangan nyawa...
Pantau kegiatan anak2 kiter...kot2 gi mandi air banjir ker coz anak aku yang kecik tu pun dah pandai nak cecahkan kaki kat dalam air banjir masa umah mertua aku dinaiki air minggu lepas....

Sunday, November 15, 2009

Fasha Sandha n Penyokong Kelantan??

Demam Piala Malaysia dah berakhir...walaupun Kelantan telah kecundang di tangan N9 namun aku sebagai rakyat Kelantan telah berbangga kerana skuad The Red Warriors mara juga ke peringkat akhir perlawanan....

Bukan citer menang atau kalah nak aku highlightkan kat sini...ini kisah si perempuan gedik Fasha Sandha tu...dulu aku minat giler kat dia coz nampak sopan santun, baik budi pekerti dan berhati mulia.....tapi rupa2nya itu hanya plastik.....yang aku tak paham lepas gosip2 ngan jantan2 yang ader kat Malaysia nie, ader la plak dia menempekkan muka masa Piala Malaysia baru-baru ni...di pihak Kelantan pulak tu..mamat Kelate mana pulak la yang jadi kegilaannya perempuan ni??

Semalam terbaca la dalam paper yang rupanya pompuan ni pergi ke sana bersama ngan pengurus dia,orang Kelantan....so dia pun jadilah penyokong Kelantan jugak....tapi aku memang mual tgk pompuan ni...

Tegok la cara dia senyum...menyampahnyer aku...uwekkss...

Yang badan gempal nie la pengurus dia agaknya coz hubby aku pernah terserempak ngan minah dua orang ni maser gi service kete kat Subang.....

* jangan la suker jadi perampas suami orang, besok kau akan merasai benda yang sama...percayalah....




Wednesday, November 11, 2009

Update 11/11/2009

hmm...agak lama tak update blog ni...bukannyer tak der benda yang nak dicoretkan, terlalu banyak....tapi raser malas menguasai jiwa....
buat masa sekarang aku sedang lalui perubahan yang baru di tempat yang baru, walaupun di tanah tumpah darahku namun situasinya agak asing bagi diriku....sukar bagi aku untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini tapi ku tabahkan diri dan kupekakkan telinga mendengar suara-suara sumbang yang menerjah ke cuping telingaku ini....biar apa skalipun telahan mereka, aku tidak akan sekali2 mempedulikannya...hanya aku dan Tuhan saja yang tahu bagaimana dan kenapa ianya terjadi...