Showing posts with label Faqih. Show all posts
Showing posts with label Faqih. Show all posts

Monday, August 24, 2015

#THROWBACK NEW YEAR 2015

Kedatangan tahun baru disambut dengan besederhana sahaja. Maklumlah negeri Kelantan baru sahaja dilanda banjir yang sangat besar. Bersyukurlah kerana Allah memberi kesedaran kepada kita semua yang segala dugaan yang didatangkanNya dapat menyatukan kita semua dalam bertungkus lumus membantu sesama kita yang ditimpa musibah banjir.

Alhamdulillah Januari tahun ni Faqihah dah mula masuk sekolah rendah, Faqih pun dah mula masuk tadika. Seronok tengok diorang bersemangat nak ke sekolah. Syukur juga sebab anak2ku senang diurus, x meragam waktu pagi. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Kejap jer masa blalu... kakak dah masuk alam persekolahan... semoga menjadi anak yang baik, cerdik dan menghormati orang tua. Amin..

Hari pertama persekolahan. Hari ni jugak ada ujian untuk penentuan kedudukan kelas. Syukur Alhamdulillah kakak dapat duduk dalam kelas pertama. Bangga mummy.. harap2 berkekalan la yer anak.. :)


Settle hantar kakak ke sekolah, now turn adik pulok.Muka agak cuak 1st day kat sekolah baru. Sebelum ni duk taska jer. Mummy dan Qu doakan adik pun dapat jadi pelajar yg cemerlang dengan didikan dunia dan akhirat. Amin..
Hari ke-2, dua-dua bersemangat nak ke sekolah. Adik pun seronok dapat uniform baru. Belajar rajin-rajin yer sayang.. :)

Hari ke-3, mummy intai kakak dari jauh.. hihihi... dah pandai membeli makanan sendiri kat kantin tapi faham2 la budak2 kecik baru belajar nak membeli, kadang2 diorang blur tak tau nak beli apa dan kesian sangat bila beratur panjang sampai tak sempat nak makan. Penyelamatnya ialah bawak bekal ke sekolah. Selain dari ajar anak2 membeli sendiri kat kantin, ibu2 boleh jugak bagi anak2 bawak bekal, lagi terjamin kebersihannya. Ermmm... alhamdulillah... kakak pun dah bawak bekal ke sekolah. Kesian anak2 kecil yang x reti nk membeli di sekolah. Penyelamatnya ialah bekal. Walaupun mummy tpaksa bpenat sedikit tak mengapalah. Bukan xmembeli langsung di kantin, slow2 kita ajar macam mana nk berurusan ngn makcik kantin.


Saturday, November 30, 2013

Faqih masuk spital

Lepas 5 hari demam tak kebah walaupun dah makan ubat, aku buat keputusan untuk bawak Faqih ke hospital. Bimbang jadi apa2 yang tak diingini.
Punyalah susah nak dapat parking kt HRPZ2 tu, terpaksa turunkan ma dulu kat kecemasan. 2 round masih belum jumpa parking. Hati dah risau, macam mana la ma nak handle dua2 anak aku. Nasib baik teringatkan Intan, terus col dia. Terima kasih sahabat kerana temankan ma dan anak2 aku sementara aku dapat parking.
Settle check up then ambik darah sambil Faqih menangis x henti2. Doc suruh masuk wad sebab faqih langsung tak makan n minum.
Alhamdulillah, doc dan nurse kat wad 4 dan 5 sangat baik hati. Terima kasih atas rawatan dan layanan yang telah anak saya terima. Semoga Allah membalas jasa kalian.
3 hari dalam wad, Faqih dah boleh makan n minum macam biasa then doc benarkan dia discaj. Alhamdulillah. Sekarang tengah continue untuk habiskan antibiotik.
Doakan nyawa saya ini sembuh seperti sediakala. Amin..