Saturday, August 29, 2009

aku @ kampung

Malam Rabu lepas aku dikejutkan dengan berita yang nenek hubby ku dimasukkan ke ICU dan berada dalam keadaan tenat....perasaan bercelaru maser tu kebetulan baru lepas berbuka puasa..hubby suruh aku pack barang coz nk balik kg..

bayangkan dlm keadaan kepenatan selepas berbuka, aku gagahkan diri untuk siapkan baby dan pack barang untuk balik kg....kitaorang bertolak malam tu jugak...perjalanan balik ke kampung pada malam itu menguji kekuatan mental hubby aku dengan hujan turun sepanjang perjalanan...

kul 8 pagi sampai Kb, kitaorang terus ke hospital...maser tu bukan time melawat, so kitaorang balik rest kat umah mak aku dulu sementara tunggu time melawat tengahari....kul 12.30 skali lagi kitaorang gi hospital, maser tu dah dibenarkan utk masuk ke wad, tapi cuma 2 orang jer skali masuk....aku sebenarnya jenis yang kurang kuat semangat kalo bab2 masuk hospital ni...nk masuk dlm ICU plak tu...dengan pelbagai jenis pesakit, dengan wayar sana sini...tapi aku kuatkan jugak semangat...

aku masuk ngan hubby, tengok keadaan nenek...Ya Allah,sebak hatiku....wayar penuh dibadan, mulut dan hidung...kesian, pilu n hiba...aku berdoa agar Allah memelihara umatnya ini....Amin...

Thursday, August 13, 2009

aku yg tertinggal @ ketinggalan zaman??

semalam masa balik aku tumpang kak nurul dari opis ke kompleks PKNS Shah Alam...singgah jap opis lama jumpa Che' Mah Cun ngan Che' Ta...dah lama x jumpa,renduu sgt2....dah borak2 nak dekat kul 5, aku ngan Che' Mah Cun pun gerak lah ke hentian bas...

lepas slm ngan peluk cium Che' Mah, aku menyeberangi jalan untuk menunggu bas T529 yang akan menuju ke Stesyen Komuter Shah Alam...lepas beberapa minit menunggu maka tibalah bas yang aku tunggu...budak2 yang ada kat sana bukannya beratur nak naik bas tapi berebut2 pulak...agaknya akak driver bas tu bengang, dia x nak bukak pintu...puas budak2 tu mengetuk pintu barulah dibukaknya...apa lagi,hangin akak tu membebel2 smpaikan budak2 tu pun mintak maaf ngan dia....

sampai giliran aku yang tengah standby duit RM1 untuk membayar tambang bas..tupp..tetiba akak tu tutup tmpat masukkan duit tu ngan tangan dia..."sorry dik, kite dah x jual tiket skarang"...aku pun terpinga2...abis tu mcm mn ni?? " kalo nak kena beli kad TnG...RM5,RM10..bla,bla,bla"....sib baik ader lagi RM10 dlm purse..."ok lah kak,saya beli RM5"..."oo...sori,kalo nak yang RM5 kena masukkan not RM5, RM 10 x leh.."

"aii...mcm2 la pulak makcik ni""grrrrrrrr...geram tul aku...last skali aku beli gak kad RM10...smbil berjalan ke tempat duduk, aku masih terfikir2,kenapa aku x tau yang skrang dah ader sistem mcm ni??kenapa aku ketinggalan zaman sangat ni?? dah lama sgt ker aku x naik bas smpai tiket tak dijual pun aku x tahu....

berfikir la aku spanjang perjalanan tu...bila ramai org dh turun, aku melilau2 di ruangan bas tu, barulah aku terbaca notis yang ditampal, sistem tiket dah x digunakan mulai 1 Julai 2009 untuk bas T529 sahaja....aper punya bongok nyer aku x tau pasal benda nie....

pastu dah dekat2 nak sampai stesyen komuter tu aku terpandang la kat depan cermin bas tu, dah besau2 ditampal "HANYA MENERIMA TOUCH N GO SAHAJA"....bengong tul aku x tengok maser nak naik bas tadi.....

geli hati pun ader gak....smpai jer kt sana aku terus ambik keta n drive dengan fikiran masih melayang2 teringatkan peristiwa tadi.....betul2 ketinggalan zaman la aku nie...

Wednesday, August 12, 2009

berdua denganmu....

dah lama x update blog...bkn x der citer, ader...tapi x bkesempatan coz minggu ni ngan minggu lepas asyik cuti jer..mcm2 hal, balik kampung la....cuti jaga ank la....

mmm...minggu ni jugak la aku dtinggalkan berdua dengan baby...hubby aku lagi skali blk kampung coz family dia nk g UTM,konvo adik ipar aku n hubbynyer..

tido berdua jer la aku mlm ni dan 7 hari berikutnya...uwaaaa....takut gak walaupun ada jiran sekeliling tapi tabahkan ati jer la...bkn x besa coz dulu masa pegnen pun aku duk sorang jer...tapi yang susahnya kalo aku nak ke mana2...nk bawak si kecik tu bukan main ssh...dia meraung2 kalo aku letakkan dlm baby seat...nk mintak tulun saper ek??

mcm mn la aku nk hadapi hari tanpa hubby selama seminggu..mmg x berasap la dapur aku coz si kecik tu mmg x leh tgk aku duk dapur...mula la dia pun nk nolong...nolong sepahkan barang2 dapur...

*citer2 yang sebelum ni,nanti aku hupdet len kali...mls nk menaip

Friday, August 7, 2009

Yang Berjaya & Yang Gagal...renungkan..

Seorang yang berjaya, Seorang yang gagal.
Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata ¡°biar saya buat kerja ini untuk awak¡±
Seorang yang gagal sentiasa berkata ¡°ini bukan kerja aku¡±

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata ¡°perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan¡±
Seorang yang gagal berkata ¡°perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah¡±

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata ¡°aku dah silap¡±
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata ¡°ini bukan silap aku¡±

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata ¡°Aku mesti lakukan sesuatu¡±
Seorang yang gagal berkata ¡°Sesuatu mesti dilakukan¡±

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan