Wednesday, June 24, 2009

Kursus Induksi KSM ( 27/06/09 - 07/07/09 )

Lepas lunch tadi aku terima fax dari KSM yang memaklumkan "kewajiban" aku untuk menghadirkan diri ke kursus Induksi yang akan diadakan di ADTEC Batu Pahat, Johor ( jauh tu ).... Ader citer yang best dan yang x best nyer kena p kursus ni...huhuhu...

Nak citer yang best dulu la...
Syoknyer coz boleh jumpa ngan member2 lama maser kursus orientasi KSM dulu...boleh citer panjang ngan diaorang coz masing2 posting kat Terengganu, N. Sembilan, Melaka dll.. lagi satu lepas dah kursus ni, dah lengkap la syarat2 untuk pengesahan jawatan aku...hehehe.. Kat cawangan aku nie yang terlibat ngan kursus cuma aku ngan member sorang...kesian dia, dah la baru kawin..kena pulak tinggalkan bini..alamatnya tido mlm x der bantal peluk la..kih kih kih.. Yang melucukan, biler member aku yang sorang ni dapat jer surat tu, dia x der la baca betul2..kononnya happy la dapat g induksi coz lambat lagi, rupa2nya dia x terpandang tarikh tu 26/06/09..Sabtu ni la...ada lagi 2 hari untuk dia "bermesra" ngan isteri... bila aku cakap kat dia terus dia kelam kabut...kesian..ish! ish! ish!..

Citer yang x best pulak...
Macam mana ngan baby aku?? Saper nak tolong jaga?? Alahai... Hubby aku bukannya reti sangat nak jaga baby ni...kelam kabut jugak aku dibuatnya..Kalo aku suruh hubby pun gerenti dia surrender...Nak suruh babysitter?? nanti aper kater dia pulak...poning palo den ni... 2 minggu nyer kursus tu... Mak aku pulak dah balik kampung, nak suruh dia datang sini pun tak boleh coz dia pun tengah sibuk duk uruskan kemasukan adik aku ke politek... Macam mana ni... huargh.... tulun! tulun!
Cian sayang mummy nak kena tinggal ek..bucuk2 jangan nakal2 ek..nanti mummy fikirkan macam mana nak selesaikan problem ni..

Tuesday, June 23, 2009

Jangan Korek Telinga Anda !!

Ni nak kongsi ngan teman2 sekalian..aku copy & paste jer ni..tapi wajar diambil tahu..

Risiko Mengorek Telinga. Wajarkah Amalan Ini Diteruskan ?...
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telingaTidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.“Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.
Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telingaKatanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif.
Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya.Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya.Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.
Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi telingaKanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.

Gaji! Oh Gaji!

Hari ni aku menghitung hari..ada lagi 2 hari gaji akan masuk..aku rasa bagaikan 2 bulan..
arghhh...lambatnya..aku dah betul2 kering ni..makan pun kena catu sekarang ni tapi yang paling penting baby aku tak kebuluran la..
Hari ni pulak sib baik la pejabat negeri ader buat makan2...makan pree la aku..hehehe.. Allah tu Maha Kaya dan Mengetahui di mana hamba-hambaNya yang dalam kesusahan maka diturunkan rezeki dan nikmat untuk dikecapi bersama. Syukur Alhamdulillah...
Bila dah dapat gaji nanti kena pandai2 la berjimat nak lagi orang macam aku ni yang berpendapatan tak seberapa..den tak kayo!!!..cukup makan ngan pakai la..
Rasanya kalo bukan sebab accident itu hari, kewangan kitaorang tak la seteruk ni..tapi aku menerima takdir dan ketentuan dariNya yang Maha Kuasa. Mungkin sekarang Dia sedang menguji kami sekeluarga dan suatu hari nanti aku amat berharap agar kami sekeluarga akan dilimpahkan rahmat dariNya...Amin..

Thursday, June 18, 2009

Kursus Pengurusan Perkhidmatan

Dah lama x update blog...x berkesempatan coz byk tul urusan yg perlu diselesaikan. Semalam kena hadir kursus pengurusan perkhidmatan..ngantuk x yah citer la..terangguk2 aku kt dlm bilik tu..kursus pulak dalam bilik mesyuarat!! kih kih kih..dah la padat, nk keluar masuk pun susah..aper la orang negeri..len kali kalo nak buat kursus, buat la kat Genting ker..hehehe..blh la hilangkan tension skit..
Tapi dalam ngantuk2 tu pun, masuk la jugak skit ilmu dalam kepala otak aku ni..kalo nk faham semua aku rasa 2,3 hari kursus pun blm tentu dapat tangkap semua...sib baik la exam perkhidmatan yang aku ambik bulan Februari lepas dah lulus..alhamdulillah..syukur...
Pergi exam ari tu pun aku tak baca aper2..tak sempat nak tengok pun buku...cuma gunakan ilmu di dada jer la untuk jawab soalan tu..terer gak ler kiranya aku..hehehe..

Tuesday, June 9, 2009

buah Hati Kesayanganku - Part 3

Sampai masa yang ditunggu, baby aku dah cukup kuat untuk dibawa balik ke KL...aku membawanya pulang ke sini dengan penuh kegembiraan tapi mengundang kesedihan kepada Mama sebab dia akan merindui satu-satunya cucu kesayangannya...

Kupujuk Mama agar tidak bersedih...mengalir air mata aku menyaksikan perpisahan seorang nenek dan cucunya...tapi sampai bila baby aku nak tinggal ngan mama...dia pun perlukan kasih sayang dari aku dan ayahnya....

Sampai sekarang, Mama aku selalu datang ke KL untuk menjenguk cucunya yang semakin tembam tu...kuat menyusu betul baby aku tu...

Umur dia sekarang dah masuk 10 bulan...ermm...lasak pulak tu...sabar jer la...

Friday, June 5, 2009

My Princess

video

Perubahan wajah Cik Qihah dari mula lahir sampai la sekarang...Ikut rupa saper la ni...

Thursday, June 4, 2009

Buah Hati Kesayanganku - Part 2

Sambung kat sini yer....
Aku berpantang kat kampung selama 2 bulan ( kelik Klate la ambo ).. Mama yang jaga aku bagai menatang minyak yang penuh masa berpantang tu ( tengok, besar betul pengorbanan ibu kan )..abis jer pantang, aku decide nak bawa terus anak aku balik KL tapi niat ku itu terhalang oleh desakan Mama yang tidak membenarkan cucunya dibawa pulang..( bukan aper..masa tu ada satu berita pasal baby yang ditinggalkan kat nursery, mati coz tersedak susu...tu yang dia risau coz aku nak kena tinggalkan baby kat nursery )...

Dengan hati yang berat dan luluh dan demi menjaga hati Mama, ku tinggalkan baby kesayanganku untuk dijaga oleh Mama...huhuhu...

Bila dah balik KL, tiap2 hari tak kira siang @ malam aku duk menangis duk teringat kat baby..maklumlah, terpaksa berjauhan di ufuk Timur sana..nasib baik la hubby selalu menangkan hatiku yang gundah gulana ni...

Tak tahan rasanya berjauhan dari anak walaupun sesaat..hatiku meronta-ronta nak balik kampung ambik baby aku tapi hubby suruh aku sabar dulu sementara baby dah kuat sikit..Ya Allah..........rinduuuuuuu sangat kat Faqihah...

Wednesday, June 3, 2009

Buah Hati Kesayanganku - Part 1


Puteri kesayangan ku ini dilahirkan pada 03/08/2008 pada jam 8.30 mlm di PPUM..penantian ku selama ini telah terbayar dengan kelahiran bayi comel ini yang seberat 3.19 kg...air mata kegembiraan dan kesyukuran mengalir di pipiku disaat nurse membawanya ke pangkuanku...kesakitan bersalin terubat dengan memandang matanya yang comel persis mutiara...tapi yang aku paling terkilan, pihak pengurusan hospital tidak memanggil suamiku disaat aku melahirkan..bertarung nyawa aku bersendirian tanpa ditemani suami..hanya Dia yang tahu betapa sakitnya saat lahirnya seorang insan di dunia ini...sekarang barulah aku tahu, pengorbanan inilah yang dilalui ibuku semasa melahirkan aku..terima kasih Mama...kasih sayang dan pengorbananmu tidak ternilai harganya dan kini setelah aku bergelar ibu, aku sedar betapa besar pengorbanan semua ibu2 di dunia ini..




Masa pregnant dulu, hubby tak galakkan aku merancang untuk letak nama anak...katanya tunggu la dia lahir dulu tapi dalam diam2 aku cari gak nama yang sesuai untuk baby aku..sambilgosok2 perut ku yang membuyung tu " sayang mummy, nama aper la yang Ku ( panggilan my baby kepada ayahnya ) nak bagi kat sayang?? "...sabarla dulu...
Sampai masa baby dah lahir, hubby aku pun kelam kabut la mencari nama untuk anaknya...nak dijadikan cerita, pada malam ke 2 baby aku lahir, dia tertidur dengan buku Himpunan Nama2 Bayi sampaikan keesokan pagi bila dia bangun, dia cakap kat aku " Yang, abg dah jumpa nama untuk baby kita.."Tengku Faqihah" yang bermaksud " Yang Cerdik"...aku pun dengan serta merta setuju dengan Hubby coz rasanya nama tu memang sedap didengar...
Aku stop dulu untuk hari ni..nanti sambung kat part 2 pulak..Salam..

Salam Perkenalan

hari ni merupakan hari pertama aku menulis di ruangan ni... x tau la aku nok kongsi citer aper kat sini..anyway,salam perkenalan untuk semua blogger.. sebelum ni x der masa ku nk 'ber'blogger ni coz keje banyak sangat tapi skrang dah transfer kt cawangan baru ni keje kurang la skit...hehehe..( curi tulang )..jangan marah ek my bos..bagi2 la support kt aku untuk mencoretkan aper yang boleh dikongsikan dengan semua rakyat Malaysia..
rasanya hari pertama ni idea belum datang lagi..nanti la aku cuba balik fikir-fikirkan..
aku gerak dulu..sekian sajer laporan untuk ari ni...