Sunday, September 6, 2015

#THROWBACK MAC 2015, Syukur Alhamdulillah

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain kerana Allah memberi rezeki yang berbeza-beza kepada setiap orang. Allah adalah sebaik-baik perancang. Kadang-kadang Allah berikan kita rezeki yang tanpa kita jangka, maka bersyukurlah di atas pemberian dariNya.

Aku jugak sangat bersyukur dengan rezeki yang aku perolehi setelah 7 tahun bekerja di sini dan hari ini dikurniakan anugerah perkhidmatan cemerlang. Siapa sangka kan? aku pun tak menjangkakan ini kerana masih ramai yang layak untuk mendapat anugerah ini. Setiap kakitangan telah melakukan tugas yang terbaik untuk majikannya, dan mungkin kali ini rezeki aku. Syukur Ya Allah...

Kali ni majlis anugerah ni diadakan di PICC, Putrajaya... makanya, projek membodek suami pun bermula. Nasib baik husband kita baik hati nak hantar kita ke sana. Angkut sekali anak-anak dan kami menginap di Everly Hotel, kes senang nak menyoping kat Alamanda.

Nak tepek banyak2 gambar kat sini untuk kenangan :)

 Wif Kak Nor yang sama-sama terima anugerah

 Wif kak Marimi yang jugak penerima anugerah

 Bangganya berdiri di dewan ini... :)




Sementara maknyer menerima anugerah, anak2 dipantau oleh encik suami. Terima kasih yang tak terhingga buat suami yang sanggup menjadi babysitter hari ni... hihihi... anak2 seronok la berjalan ngan Qu sebab macam2 kehendak bapaknya turutkan... x macam mummy, semua benda mummy x kasi.. hihi.. Diorang check out dari hotel terus melepak kat Alamanda sementara tunggu mummy..

 Amboii.... nih anak ke bapak yang shopping??? hmmm....




 Ermmm..... sedapnyer... tertelan2 ailio tengok eskrim ni..

Dah abis majlis tu terus diorang ambik mummy kat PICC then kitaorang bawak anak2 jenjalan kat sekitar bandar KL pulak.... kiter ke Pavillion... hihihi... cuci mater ajer... nk shopping tak mampu..











Hargailah apa yang kita miliki saat ini. Dan ingatlah, kebahagiaan takkan pernah datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang dimiliki. Bagiku, anak2 dan keluarga adalah kebahagiaanku... keluargaku nafasku... LUV u ols....


Monday, August 24, 2015

#THROWBACK FEBRUARI 2015

MAMA MENUNAIKAN UMRAH

11 Februari 2015 - Mama bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah. Ceria sangat wajah ma masa ni. Alhamdulillah, doanya diberkati Allah dan rezekinya dipermudahkan untuk bersama-sama sahabatnya di kampung bagi menunaikan umrah bersama. Syukur Allah pertemukan mereka2 yang begitu prihatin dan baik hati, sanggup membantu bagi tengok2kan ma semasa di bumi Mekah nanti.

 Wajah redup seorang ibu yang sentiasa dirindui

Cucu2 tokma excited hantar tokma kat KLIA2




Semoga ibadah umrah berjalan lancar, diterima Allah dan selamat pergi dan balik. Insyallah

PERGINYA ULAMA YANG DISANJUNGI TGNA

12 Februari 2015 - Sehari selepas ma berangkat ke tanah suci, kami dikejutkan dengan berita pemergian Ulama yang kami sanjungi iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perginya tiada pengganti. Al-fatihah buat Tok Guru. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.


#THROWBACK NEW YEAR 2015

Kedatangan tahun baru disambut dengan besederhana sahaja. Maklumlah negeri Kelantan baru sahaja dilanda banjir yang sangat besar. Bersyukurlah kerana Allah memberi kesedaran kepada kita semua yang segala dugaan yang didatangkanNya dapat menyatukan kita semua dalam bertungkus lumus membantu sesama kita yang ditimpa musibah banjir.

Alhamdulillah Januari tahun ni Faqihah dah mula masuk sekolah rendah, Faqih pun dah mula masuk tadika. Seronok tengok diorang bersemangat nak ke sekolah. Syukur juga sebab anak2ku senang diurus, x meragam waktu pagi. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Kejap jer masa blalu... kakak dah masuk alam persekolahan... semoga menjadi anak yang baik, cerdik dan menghormati orang tua. Amin..

Hari pertama persekolahan. Hari ni jugak ada ujian untuk penentuan kedudukan kelas. Syukur Alhamdulillah kakak dapat duduk dalam kelas pertama. Bangga mummy.. harap2 berkekalan la yer anak.. :)


Settle hantar kakak ke sekolah, now turn adik pulok.Muka agak cuak 1st day kat sekolah baru. Sebelum ni duk taska jer. Mummy dan Qu doakan adik pun dapat jadi pelajar yg cemerlang dengan didikan dunia dan akhirat. Amin..
Hari ke-2, dua-dua bersemangat nak ke sekolah. Adik pun seronok dapat uniform baru. Belajar rajin-rajin yer sayang.. :)

Hari ke-3, mummy intai kakak dari jauh.. hihihi... dah pandai membeli makanan sendiri kat kantin tapi faham2 la budak2 kecik baru belajar nak membeli, kadang2 diorang blur tak tau nak beli apa dan kesian sangat bila beratur panjang sampai tak sempat nak makan. Penyelamatnya ialah bawak bekal ke sekolah. Selain dari ajar anak2 membeli sendiri kat kantin, ibu2 boleh jugak bagi anak2 bawak bekal, lagi terjamin kebersihannya. Ermmm... alhamdulillah... kakak pun dah bawak bekal ke sekolah. Kesian anak2 kecil yang x reti nk membeli di sekolah. Penyelamatnya ialah bekal. Walaupun mummy tpaksa bpenat sedikit tak mengapalah. Bukan xmembeli langsung di kantin, slow2 kita ajar macam mana nk berurusan ngn makcik kantin.


Sunday, August 23, 2015

#THROWBACK BANJIR 2014 PART 3

Dah selesai cuci rumah, jom kita ke office pulak.... time untuk CUCIIII Office ler pulak... banyak barang-barang perabot yang rosak ditenggelami air. Office pun tak dapat beroperasi selama beberapa hari kerana ketiadaan bekalan elektrik. Terpaksa la duk dalam office dalam kepanasan... huhuhu...








Semoga tahun ni tidak lagi berlaku banjir seperti tahun lepas walaupun terdapat ura-ura yang menyatakan kemungkinan akan berlaku banjir yang lebih besar dari tahun lepas. Sama-samalah kita berdoa dan adakan solat hajat untuk keselamatan kita di negeri Kelantan. Amin..

#THROWBACK BANJIR 2014 PART 2

Alhamdulillah selepas 5 hari banjir mulai surut. Kami sekeluarga pun dah balik ke rumah untuk proses seterusnya... apa lagi... CUCIIIII RUMAH ler..... part ni yang paling menyiksakan sehinggakan kami sekeluarga demam2 dan sakit2 urat. Banyak benda yang rosak terpaksa dibuang. Takperlah, mungkin Allah nak gantikan dengan benda yang lebih baik. Insya Allah..

Jom layan gambar rumah kami selepas banjir surut. Rumah dah jadi macam tongkang pecah. Segala benda berterabur. Sedih bila tengok balik gambar-gambar ni.

 Kesian tok ma, walaupun tak sihat masih jugak nak tolong bersihkan lumpur tebal ni

 Barang-barang dapur bertaburan


 Mr. husband yang bertungkus lumus bersihkan rumah... 

 Adik ipar yang banyak membantu kami








Alhamdulillah, banjir telahpun surut. Kerja2 mencuci rumah pun telah kami lakukan dengan bantuan keluarga tsayang yg sanggup datang dari jauh. Thnks a lot 2 my fil, mil, sil n bil. Pengorbanan dan jasa baik semua teramat2 kami hargai.

Okey, ni cerita banjir kat rumah... belum lagi cerita bab banjir kat office... Officeku pun ditenggelami akir jugak... huhuhhu... nanti cerita kat part lain pulak yer.

#THROWBACK BANJIR 2014 PART 1

Kerana dah setahun lebih tinggalkan blog kesayangan ni, maka hari ni tergerak hati nak meng 'update' segala macam benda yang berlaku sepanjang tahun 2014.

Kali ni nak mulakan dengan banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada Disember 2014. Rumah yang kami diami pun ditenggelami air. Sesungguhnya kami sekeluarga redha dengan ujian dan dugaan dariNya. Keadaan kami tidaklah seteruk mereka yang tinggal di Kuala Krai dan Gua Musang. Ada diantara mereka yang terus kehilangan tempat tinggal kerana dihanyutkan arus air banjir. Sedih dan sebak mengenangkan nasib yang menimpa mereka. Sehingga hari ni pun masih ada di antara mereka yang belum mendapat tempat berteduh, malah ada yang masih tinggal di dalam khemah. Sedih kan ????

Kat sini nak kongsi sikit gambar-gambar kenangan semasa banjir melanda Kelantan. Air banjir mulai naik di Bandar Kota Bharu pada 24 Disember 2014 dan mulai penuh keesokan harinya.



Awal pagi 25/12/2015 - Berhampiran dengan Tesco

Pagi 25 Disember 2014
Redha dan tawakal kpd Allah s.w.t. Di saat ini air sudah memasuki ruang dapur rumah. 
 



Pengalaman banjir pertama buat Faqih dan Faqihah. *anak2 perlu diawasi yer semasa banjir.

Bantuan banjir dari hamba Allah yang baik hati. Semoga Allah merahmati hidupnya.
 
 





 Air dah makin naik, kami pun terpaksa akur untuk berpindah sebab tak nak perkara yang tak diingini berlaku. Terima kasih kepada keluarga mertua yang memberikan kami tempat berteduh sementara menunggu air banjir surut...

Faqih ngan Faqihah bukan main seronok berlari2 sambil main air dalam rumah yer.....

Dugaan banjir yg kami sekeluarga alami tidaklah seteruk yg dihadapi mereka yg berada di Kuala Krai. Walaupun rumah yg kami diami dinaiki air, kami masih punya tempat utk blindung. Sedih mengenangkan nasib penduduk di Kuala Krai yg rata2nya kehilangan tempat tinggal setelah banjir melanda. Kediaman mereka hancur musnah sama sekali. Semoga ada hikmat di sebalik kejadian ini dan Semoga Allah memudahkah segalanya. Amin