Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, January 12, 2017

Bento Last Day untuk minggu ke 2

Selamat pagi.. hari ni Abg Faqih masih tak sihat lagi, so mami cuma siapkan bento untuk Kakak Faqihah n mami jer... menu simple jer hari ni.. cuma yang susahnya nak masak pagi2 sekarang ni ada penunggu.... huhuhhu serammmmnya... saper penunggu tu???? siapa lagi kalu bukan babyku yang gebu gebasssss si Tg Fayyadh...

Pagi2 kul 5 pagi bila akak bangun jer, dia pun mula la merengek nak bangun jugak. Terpaksalah akak melayan karenah si kecik ni dulu.. apa lagi, kelam kabut la tiap2 pagi. nak siapkan makanan lagi, nak layan si baby lagi... hmmmm....

Nasi Goreng Ikan Rebus, Cekodok Pisang dan Limau Mandarin

Menu hari ni ialah Nasi Goreng Ikan Rebus.. memang kegemaran akak ni sejak kecik lagi. Dulu arwah nenek selalu masak ni, lepas tu turun ke mak akak n sekarang dah turun ke akak.. senang jer buat nasi goreng ni. Nti akak letak resepi. Cekodok pisang pulak dimasak penuh kasih sayang oleh mak akak untuk cucu kesayangannya.. yang ni pun memang kegemaran kami sekeluarga, cekodok yang lembut, lemak dan manis. Tambah lagi dengan pencuci mulut, limau mandarin ni pemberian dari agensi yang selalu berurusan dengan akak kat office.. diorang nak raya kan, memang amalan untuk agih2 kan limau ni... rezeki jangan ditolak..

Jom tengok resepi Nasi Goreng Ikan Rebus

Bahan :-

3 cawan nasi
Bawang putih 3 ulas *
Bawang Merah 2 ulas * 
Cili padi 2 tangkai * - kalau suka pedas boleh tambah lagi
( tumbuk bersama bahan yang bertanda * )

4 ekor ikan yang direbus ( lepas rebus akak gorengkan sikit, jangan garing sangat )
( lepas goreng, asingkan isi dan tulang kemudian tumbuk isinya, tulangnya boleh buang la .. hihih )

1 biji telor
Sayur ( apa2 jenis sayur.. akak gunakan kacang buncis/kacang panjang ) potong kecik2
Cili merah - hiris
Garam
Gula
Minyak

Cara membuatnya :
1 ) Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda * ( bawang putih, bawang merah dan cili padi ) sehingga sedikit garing.
2) Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk, masak sebati kemudian pecahkan telur dan goreng bersama ikan tadi.
3) Masukkan sayur yang telah dipotong. Bila dan masak perasakan dengan sedikit garam dan gula. Garam jangan letak banyak sangat sebab isi ikan rebus dah masin.
4) Masukkan nasi dan gaul sebati kemudian masukkan hirisan cili merah. Siap masak dah boleh hidang.

Makan dengan keropok lagi sedap.... nyummmmsssss....

Sunday, January 1, 2017

Bento Day 1

Hari ni mood ber 'bento' ikhlas dari hati untuk anak2 tersayang. Sementara mood mami masih rajin ni, marilah anak2 kita nikmati bekalan ikhlas air tangan mami ni. Sebenarnya dah lama plan nk buat bento ni, alhamdulillah, tercapai jugak hasratku. Syukur..

Kakak Faqihah ada kelas KAFA hari ni, jadi kena la mami buat bekal makanan yang berat sikit supaya dia tak la lapar nak menunggu makan tengahari kat sekolah. Abang Faqih pulak mintak nak bawak bekal jugak, padahal kat tadika dah disediakan makanan... tak per la.. mami layankan jer karenah anak-anak. Mami pun boleh tumpang sekaki, jimatkan duit belanja sarapan pagi. :)

1/1/2017 ~ Mee Goreng , Epal n Air Ribena

Nikmat untuk dikongsi bersama. Rezeki dari Allah s.w.t. Akak follow fb Kelab Bento Malaysia untuk dapatkan idea buat bento ni cuma akak ni belum ada kekuatan untuk mendeko bento anak2 sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan ibu2 dalam kelab tu. Serius sangat cantik dan menarik deko2 yang diorang buat, akak rasa akak tak mampu... huhuh nangis...

Ni akak kongsikan resepi untuk buat Mee Goreng, senang jer nak buat.. akak pun cedok resepi2 dalam internet jugak.. hihihi

Resepi Mee Goreng
Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Secukup Rasa
Kicap secukupnya
1 ikat sayur sawi
Udang dan ayam
Limau nipis - perah
Daun bawang - tabur

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.

Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Sementara ianya mendidih, ketika ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja. Air lebih kurang 1/2 mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.

Masukkan udang dan ayam serta batang sawi. Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan daun sawi. Masukkan sedikit serbuk secukup rasa ( akak tak gunakan garam sebab mee biasanya dah masin ), kacau rata bolehlah ditutup api.

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur cili merah hiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis. 

Kredit resepi : Azie Kitchen

Monday, August 1, 2011

Tepung Pelita

Aha.....idea untuk menghasilkan kuih ni terjadi bila aku keboringan menunggu masa untuk BSP semalam.... alang2 dah ambik cuti untuk test kencing manis, ku luangkan masa untuk mencuba resepi yang ku ciplak dari My Resepi
dan hasilnya......... taraaaaaaa.......sangat memuaskan hatiku walaupun ianya percubaan kali pertama....alhamdulillah, menjadi......

Tepung Pelita

Resepi Asal : Yanie ( Myresepi )

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )


1 cawan tepung beras

1 cawan gula

5 cawan air

4 sudu besar tepung beras(ratakan)

1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air

sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1.Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2.Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3.Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4.Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5.Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6.Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7.Sejukkan 
 
* untuk menyedapkannya lagi, aku taburkan sedikit gula dalam acuan sebelum tuang adunan tepung untuk menghasilkan air gula....sedapppppp......

Wednesday, June 29, 2011

Puding Gula Hangus

Wah wah......semangat masak memasak kembali lagi......ekekekeke....
Tetiba jer terasa rajin nak buat pemanis mulut...dah lama sangat tak buat...... hasilnya,  taraaaaaaa........

Meh nak kongsi resepi yang tersangat simple ni.........


Bhn :-
3 s/b gula pasir ( untuk hasilkan gula hangus )
1 tin susu pekat
7 biji telur ayam
1 cawan air
1 s/k esen vanilla

Cara :-
1. Cairkan gula dalam loyang untuk menghasilkan gula hangus, tambah 2 sudu air
2. Panaskan kukusan
3. Pukul telur bersama susu pekat, air dan esen vanilla...Pukul manja2 jer tau sebab tak nak berbuih nanti. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi..
4. Kukuskan selama 45 minit....

Selamat mencuba....

"Sharing Is Caring"

Sunday, December 26, 2010

Spagetti Simple

Orait....ari ni aku masak lagi...mood: rajin sesangat...hhahahah
menu untuk tengahari aku masak untuk family mertua ku....walaupun ada yang tak suka makan benda alah ni, at least they try to taste it......hihihihhi...yippieee....
ni antara gambar2 yang sempat aku snap masa pemprosesan membuat spagetti yang amat sempoi....



meh kiter share resepi....sharing is caring....i loikeee....

RESEPI SPAGETTI SIMPLE

Bhn2nya :-
1 bungkus spagetti ( org kg aku panggil mee lidi )
500gm daging cincang
1 tin kecik tomato puri
1 tin cendawan butang ( aku x letak pon, sbb lupa nk beli )
2 biji tomato ( potong dadu )
2 labu bawang besar ( potong dadu )
3 ulas bawang putih ( diketuk )
4/5 tangkai cili kering ( kisar )
1/2 cawan sos tomato
sosej ( ikut suka la nk byk mana pun...potong bulat2 )
carrot ( potong dadu / blh jgk letak sayur campur )
daun sup dan daun bawang
minyak
garam
2 cwn air

Cara Menyediakannya :-
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kering yg dah dikisar...Tumis hingga agak garing.
2. Masukkan daging cincang, renehkan kejap...pastu masukkan tomato puri, kacau sebati...kemudian bolehla masukkan sos tomato dan tomato yg dipotong dadu tadi....
3. Masukkan air, kalau suka kuah yang pekat kurangkan airnya...kemudian masukkan sayuran diikuti dengan cendawan dan juga sosej...rasakan garam..
4. Sementara tunggu kuah masak, bolehlah kita rebus spagetti tu...panaskan air dan tunggu mendidih...masukkan sedikit garam, kemudian masukkan spagetti.
5. Bila spagetti dah lembut, angkat, toskan dan gaulkan dengan sedikit minyak supaya ianya tak melekat nanti..
6. Bila kuah dah masak, bolehlah dihidangkan dan dihiasi dengan daun sup dan daun bawang..

" SELAMAT MENJAMU SELERA "

Wednesday, December 22, 2010

Soto Ayam

hahaha...da bercampur aduk da blog aku nie...
dengan rasa mengidam yang teramat sangat nk makan soto ni, maka aku dengan penuh bersemangat balik dari keje terus ke market beli barang2 untuk masak....hihihihi....seronoknyer....
setelah berhempas pulas, maka inilah hasilnya....membanggakan....yeeeehaaaaaaa..........

 




orait......kat sini aku nk kongsikan bersama la resepi untuk membuat Soto Ayam yang sedap ini.....aku buat ikut resepi yang ringkas jer dan senang sangat....

Bhn2 :-
nasi himpit ( beli yg pek kecik2, Adabi....rebus jer )
1 ekor ayam ( rebus dan simpan sikit isinya utk buat bergedil )
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
1 1/2 inci halia
rempah sup ( serbuk )
2 sb rempah kurma ( serbuk )

15 tangkai cili padi
kicap manis
limau nipis
1 ulas bwg putih
1 ulas bwg merah

sawi ( potong n celur )
taugeh ( celur )
bawang goreng
kacang tanah ( goreng )
daun sup n daun bawang ( hiris )

cara ;-
1. ayam dipotong dan direbus sehingga empuk ( simpan air rebusan, siat2 isi ayam )
2. tumiskan kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang n buah pelaga sehingga naik bau wangi kemudian masukkan bwg merah dan bwg putih, tumis hingga sedikit garing
3. masukkan air rebusan ayam, kemudian masukkan rempah sup n rempah kurma
4. renihkan dan sementara itu bolehlah sediakan kicap cili.....tumbukkan bwg putih,bwg merah dan cili api kemudian gaulkan dgn kicap dan perahan air asam limau nipis
5. sawi dengan taugeh pulak dicelur sekejap kemudian ditoskan
6. bila dah masak, hidangkan lah semuanya

resepi bergedil ( bagi penambah selera )
bhn2:

1/2 kg ubi kentang
sedikit isi ayam
daun sup
sedikit serbuk sup/lada sulah
bawang goreng
garam
telur

cara :-
1. ubi kentang - goreng dan lenyet ( betul ke bahasa aku ni?? ke penyet? apa2 la asl faham )
2. isi ayam - dikisar ( aku tumbuk jer )
3. pastu gaulkan ubi kentang dan ayam bersama, masukkan sedikit garam,serbuk sup,bawang goreng dan daun sup....gaul sebati...
4. bentukkan ikut suka ati korang la, leper ke, bulat ke...pastu celup dalam telur dan goreng
5. siap utk dihidang bersama dengan soto...

" SELAMAT MENJAMU SELERA "