Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011....sekejap jer masa berlalu, pejam celik pejam celik dah pun nak masuk tahun baru...
masih banyak benda dalam perancangan yang belum tercapai, insyaAllah tahun 2011 akan ku cuba usahakan...
hmm...apa azam baru tahun 2011? sudah semestinya ingin hidup dalam keberkatan Allah s.w.t....bila hidup diberkati, segala usaha akan dicapai...insyaAllah....

Sunday, December 26, 2010

Spagetti Simple

Orait....ari ni aku masak lagi...mood: rajin sesangat...hhahahah
menu untuk tengahari aku masak untuk family mertua ku....walaupun ada yang tak suka makan benda alah ni, at least they try to taste it......hihihihhi...yippieee....
ni antara gambar2 yang sempat aku snap masa pemprosesan membuat spagetti yang amat sempoi....



meh kiter share resepi....sharing is caring....i loikeee....

RESEPI SPAGETTI SIMPLE

Bhn2nya :-
1 bungkus spagetti ( org kg aku panggil mee lidi )
500gm daging cincang
1 tin kecik tomato puri
1 tin cendawan butang ( aku x letak pon, sbb lupa nk beli )
2 biji tomato ( potong dadu )
2 labu bawang besar ( potong dadu )
3 ulas bawang putih ( diketuk )
4/5 tangkai cili kering ( kisar )
1/2 cawan sos tomato
sosej ( ikut suka la nk byk mana pun...potong bulat2 )
carrot ( potong dadu / blh jgk letak sayur campur )
daun sup dan daun bawang
minyak
garam
2 cwn air

Cara Menyediakannya :-
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kering yg dah dikisar...Tumis hingga agak garing.
2. Masukkan daging cincang, renehkan kejap...pastu masukkan tomato puri, kacau sebati...kemudian bolehla masukkan sos tomato dan tomato yg dipotong dadu tadi....
3. Masukkan air, kalau suka kuah yang pekat kurangkan airnya...kemudian masukkan sayuran diikuti dengan cendawan dan juga sosej...rasakan garam..
4. Sementara tunggu kuah masak, bolehlah kita rebus spagetti tu...panaskan air dan tunggu mendidih...masukkan sedikit garam, kemudian masukkan spagetti.
5. Bila spagetti dah lembut, angkat, toskan dan gaulkan dengan sedikit minyak supaya ianya tak melekat nanti..
6. Bila kuah dah masak, bolehlah dihidangkan dan dihiasi dengan daun sup dan daun bawang..

" SELAMAT MENJAMU SELERA "

Wednesday, December 22, 2010

Soto Ayam

hahaha...da bercampur aduk da blog aku nie...
dengan rasa mengidam yang teramat sangat nk makan soto ni, maka aku dengan penuh bersemangat balik dari keje terus ke market beli barang2 untuk masak....hihihihi....seronoknyer....
setelah berhempas pulas, maka inilah hasilnya....membanggakan....yeeeehaaaaaaa..........

 




orait......kat sini aku nk kongsikan bersama la resepi untuk membuat Soto Ayam yang sedap ini.....aku buat ikut resepi yang ringkas jer dan senang sangat....

Bhn2 :-
nasi himpit ( beli yg pek kecik2, Adabi....rebus jer )
1 ekor ayam ( rebus dan simpan sikit isinya utk buat bergedil )
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
1 1/2 inci halia
rempah sup ( serbuk )
2 sb rempah kurma ( serbuk )

15 tangkai cili padi
kicap manis
limau nipis
1 ulas bwg putih
1 ulas bwg merah

sawi ( potong n celur )
taugeh ( celur )
bawang goreng
kacang tanah ( goreng )
daun sup n daun bawang ( hiris )

cara ;-
1. ayam dipotong dan direbus sehingga empuk ( simpan air rebusan, siat2 isi ayam )
2. tumiskan kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang n buah pelaga sehingga naik bau wangi kemudian masukkan bwg merah dan bwg putih, tumis hingga sedikit garing
3. masukkan air rebusan ayam, kemudian masukkan rempah sup n rempah kurma
4. renihkan dan sementara itu bolehlah sediakan kicap cili.....tumbukkan bwg putih,bwg merah dan cili api kemudian gaulkan dgn kicap dan perahan air asam limau nipis
5. sawi dengan taugeh pulak dicelur sekejap kemudian ditoskan
6. bila dah masak, hidangkan lah semuanya

resepi bergedil ( bagi penambah selera )
bhn2:

1/2 kg ubi kentang
sedikit isi ayam
daun sup
sedikit serbuk sup/lada sulah
bawang goreng
garam
telur

cara :-
1. ubi kentang - goreng dan lenyet ( betul ke bahasa aku ni?? ke penyet? apa2 la asl faham )
2. isi ayam - dikisar ( aku tumbuk jer )
3. pastu gaulkan ubi kentang dan ayam bersama, masukkan sedikit garam,serbuk sup,bawang goreng dan daun sup....gaul sebati...
4. bentukkan ikut suka ati korang la, leper ke, bulat ke...pastu celup dalam telur dan goreng
5. siap utk dihidang bersama dengan soto...

" SELAMAT MENJAMU SELERA "





Wednesday, November 24, 2010

Azam Kerja

ya ampun......dah lama sangat x hapdet blog ni..
tersangat la bz ngn 'Azam Kerja' .....menjelajah ke kampung2, mencari umah insan2 Miskin Tegar untuk ditawarkan kerja....
problemnyer...nk ke diorang nie keje?? rata2 yang aku jumpa, semua x nak keluar dari 'sarang' masing2....x nak jenguk dunia luar...masih nk berada di takuk lama.....
kesian plak aku melihat keadaan rumah diorang, ada yg dinding umah hampir roboh....dengan anak2 comot, tak terurus.....umah pun berselerak....aduss....
bukan nak mengata, tapi mereka2 ini ada sifat 'malas' yang menyebabkan rumah tangga tidak terurus....keje pun tak nak.....abis tu, macam mana nk majukan diri?? macam mana nak tambah pendapatan keluarga....
apa2 pun, tunggu la program temuduga 27 dan 28 November ni...diorang datang tak.....hmmm...harap2 datang la ek...

Friday, August 20, 2010

Selamat Hari Lahir Buat Mama...

Selamat Hari Lahir Buat Mama yang tersayang ( 20 Ogos 2010 )....semoga mama dikurniakan kesihatan yang baik olehNya....kami selalu mendoakan yang terbaik untuk mama dan menjalani kehidupan seharian dengan penuh kebahagiaan...


We ♥ u so much.....Muachsssss........

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak


Tiada hari seindah JUMAAT, tiada kata seindah ZIKIR, tiada ibadah seindah SOLAT, tiada bulan seindah RAMADHAN...

Andai semua harta adalah RACUN maka ZAKATlah penawarnya, jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBATlah ubatnya, jika seluruh bulan adalah NODA maka RAMADHANlah PEMUTIHNYA.....

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua keluarga dan rakan-rakan. Semoga kedatangannya pada kali ini akan membawa keberkatan kepada kita semua.

Amin..

Besday QiQi

Selamat Hari Lahir 2 my Princess Faqihah....kitaorang buat majlis ni pada hari lahirnya yang ke 2 thn pada 03 Ogos 2010...Agak lambat aku meng 'update' entri ini kerana kesibukan kerja...aku buat majlis sederhana ajer...jemput sepupu sepapat yg bhampiran ngan umah untuk memeriahkan acara makan2 Mee Kari yang di'kerja'kan oleh aku sendiri...hehehe...walaupun kali pertama buat masakan ni, tapi blh dikatakan agak sedap la...hahaha...memuji diri sendiri...

gambar2 sekitar majlis sambutan besday my princess


Thanks 2 my hubby kerana sudi meluangkan masa bersama-sama menyambut hari kelahiran permata hati kita...walaupun Qiqi terpaksa bersengkang mata tunggu ayahnya balik dari menonton perlawanan bola, tapi dia nampak happy sangat hari tu....Semoga menjadi seorang anak yang solehah...Amin...

Saturday, July 31, 2010

Ajal & Maut Di TanganNya

Hari ini aku dikhabarkan dengan berita yang amat menyedihkan dan yang paling tidak kusangka2...Aku telah kehilangan seorang yang amat berjasa dalam hidup aku...pemergiaannya ke rahmatullah pada pagi tadi mungkin disebabkan oleh serangan jantung...
Imbas kembali detik pertemuanku dengannya...Tahun 2006, aku telah menghadiri satu sesi temuduga yg diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu..org yg sepatutnya menemuduga aku tpaksa keluar atas urusannya kemudian diganti dengan pembantunya iaitu Ustaz Ismail bin Jaya...kali pertama bertemu dengannya, aku dapat rasakan yang dia seorang yang mudah mesra dan tidak banyak soalan yang ditujukan kepadaku..Alhamdulillah, selepas ditemuduga olehnya, aku diterima bekerja disitu....lebih kurang 3 tahun jugak lah kami bekerja di bawah satu bumbung...mengenalinya mmg membuatkan hatiku terhibur...dia seorang yang sangat kelakar, setiap hari ada saja lawaknya..entah dari mana sumbernya, aku pun tak tahu...
Sayang dan amat terkilan, bertahun tidak berjumpa kerana aku telah bertukar ke jabatan lain..Ust weil ada menghubungi aku, 2,3 kali jugak la lepas aku dah pindah balik ke kb,katanya nak jumpa ngan aku pastu jemput aku ke kenduri anaknya...tapi ada aral yg tidak menginzinkan aku berjumpanya...setiap kali aku ke PPD pun aku tak berpeluang jumpa dengan dia, akhirnya...hari ini, Allah telah menjemputnya ke rahmatullah...
Tanpa sebarang penyakit, dia pergi dengan mengejut...dan ini amat menginsafkan diriku....inilah bukti kekuasaan Allah s.w.t...
Lambat atau cepat, kita pasti akan dijemput olehNya,tapi tahukah bila masanya dan di mana?? sudah pasti kita tidak akan mengetahuinya...ajal dan maut tidak akan menunggu kita, kematian memang tidak akan dijangka..bertaubatlah sebelum terlambat...setiap yang bermula pasti akan berakhir...kita sebagai umatNya perlu bersiap sedia dengan bekalan iman sementara menunggu panggilanNya...
Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh allahyarham Ustaz Ismail Bin Jaya dan takziah diucapkan kepada keluarga beliau...

Sunday, July 25, 2010

Dato' ke Datuk ???

Terkeliru dengan gelaran tersebut....aku ada terdengar pegawai2 kt office tengah bertanya sesama sendiri tentang gelaran Dato' ataupun Datuk yang mana perlu digunapakai....dan apakah perbezaannya
lantaran itu aku pun memohon bantuan mr "google" untuk penyelesaian tersebut...hehehe...kek sini den copy paste'kan perbezaan tersebut....semoga segala permasalahan dan kekusutan di kepala akan selesai...

Dato’


Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

contoh: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid

Datuk

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.

contoh: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan


*sumber : OhMalaysia.com

Sunday, June 27, 2010

ampun segalanya Ya Allah..

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 ku...tidak pernah terlintas di sanubariku untuk ku hadapi dugaan yang teramat besar dariMu..telah aku cuba sedaya upaya untuk kuatkan diri dan semangatku, namun aku rasa tewas..Kau bangkitkanlah kembali semangatku yang telah hilang...

pengorbanan demi pengorbanan telah aku lakukan namun belum dapat membuka mata hatinya...atau mungkin aku memang perlu berhenti di sini.....atau perlukah aku terus bersabar sehingga ke akhir hayatku...dapatkah aku bertahan...Ya Allah...betapa sakit dan deritanya.....

keluargaku...aku sayangkan keluargaku...jangan paksa aku pilih antara satu kerana aku mahu semuanya bersatu menjadi satu....Ya Allah...satukanlah kami...perit sungguh ku rasakan...pujuk rayuku tidak pernah dipedulikan...hanya padaMu aku mampu memohon agar diberikan aku jalan keluar dari kesulitan ini...

Saturday, June 19, 2010

Esok cuti lagi??

Kenapa esok dah Ahad, dan aku masih dalam mood cuti nie....arghhh....kenapa tak pernah rasa bersemangat bila tiba hari Ahad....
yang pastinya, esok aku akan pergi kerja dengan mata yang mengantuk dan tiada feel utk keje...sori la bos, memang aku x leh nk fokus...
dan yang aku pasti lagi, aku akan hepi bila bos aku pun x masuk keje esok...hooorayyyy...aku boleh layan fb, melayangkan fikiran aku....survey tudung2 online, walaupun aku x pernah beli pon...hahahaha....
alangkah bestnyer kalo aku boleh duk umah goyang kaki jer...hmm...problemnya, aku perlu cari duit untuk sesuap nasi n utk tanggung hidupku n Qiqi...
harap2 esok aku tak terbang jauh la, keje menimbun weh...sedar2 diri sket....

Saturday, June 12, 2010

Tips Hilangkan Stress, Salah Satu Nya Menangis Sepuas Hati.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayannya.

'Bingkisan Doa.'

Ya Allah... . Seandainya telah engkau catatkan... Dia
milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami... . agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan
miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... . Luputkanlah ia dari
ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan... .

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... . Berikanlah aku
kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... . kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini dan jadikanlah satu2nya zuriatku ini anak yang solehah... .

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat mama tersayang...kamulah ibu terbaik di dunia ini...sayang sgt kat ma...jasa dan pengorbananmu tak ternilai harganya...perit getir hidup ma membesarkan aku dan adik2, tanpa mengenal erti penat dan jemu...tanpa mengeluh resah...

Selamat Hari Ibu juga aku ucapkan buat diriku sendiri...akan ku kuatkan semangatku menempuh dugaan hidup ini demi kerana anakku...aku berazam akan menjadi ibu yang terbaik untuk anakku..Mummy sayang kamoo Qiqi....muachsss...

Selamat Hari Ibu kepada semua member2 aku yang telah mjadi ibu @ bakal mnjadi ibu, semoga kamoo semua mnjadi ibu yang terbaik di dunia dan akhirat...aminn....

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Sunday, April 18, 2010

kenapa menangis??

kejap2 dia senyum...kejap2 dia gelak sorang2....pastu tiba2 dia nangis....bukan aku tak perasaan tapi sengaja biarkan dia lepaskan perasaan dulu....biar dia nangis sepuas hati....
bila aku tanya dia tak jawab....tapi aku tahu dalam hatinya ada resah....ada pilu....kerna kita sama....aku juga merasakan apa yang kau rasakan....
aku cuma boleh menasihati tapi untuk menyelami hatimu kawan, sememangnya aku tak mampu.....berdoa dan bertawakal la kepada Allah s.w.t....hanya kepadaNya tempat untuk kita memohon....
semoga dikau tabah menghadapi ujian dariNya.....

Tuesday, April 13, 2010

"Mengalah "

Mengalah, bukannya beerti kalah....perjuangan belum terhenti namun harus akur dengan kehendakNya....

Aku mengalah kerana aku sudah penat berperang dengan emosi...kecelaruan emosi yang selama ini 'bertandang' dalam diriku akan ku singkirkan pergi jauh dari diriku...aku akan bina kekuatan dalam diri ini....Aku mengalah bukan kerana aku lemah, namun aku mengalah kerana kurasakan sudah sampai masanya....hatiku juga perlu dijaga dan diambil perhatian...tiada guna ku korbankan diri untuk yang tidak pernah menghargaiku.....

Selama ini hatiku punah, hancur luluh kerana berkorban.....untuk siapa?....

Aku bersujud kepadaMu....aku mohon agar aku dan si kecil diberi perlindungan dari segala musibah di dunia ini....Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini demi si kecil yang paling ku sayangi....Kau tenangkan hatiku.....Sesungguhnya, aku tidak mahu lagi mengenang semua yang telah berlalu...
Kini, aku berserah kepadaMu......apapun takdirnya, aku terima....

Wednesday, April 7, 2010

Bosan...

Bosan hidup macam nie...ikhtiar, korban, semuanya dah...apa lagi? tak cukup lagi ker? apa lagi yg tak cukup...? nak korban macam mana lagi??...di saat ini, sebak hati tak tertahan...tiada siapa peduli...pada siapa harus ku mengadu domba..?? bersyukur kerana kekuatanku masih ada...bersyukur kerana aku dianugerahkan seorang puteri pengubat luka di hati...hmmm....tak tau apa nk dikatakan lagi....

Wednesday, March 24, 2010

Doa Saat Bersedih

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu yang laki-laki dan anak hamba-Mu yang wanita. Ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, hukum-Mu berlaku kepada diriku, qadha'-Mu adil pada diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang menjadi milik-Mu, yang dengannya Engkau menamakan diri-Mu, atau Engkau menurunkannya didalam kitab-Mu, atau Engkau mengajarkannya kepada seseorang diantara makhluk-Mu, atau Engkau menahannya dalam ilmu ghaib disisi-Mu, jadikanlah Al qur'an musim hujan semi di hatiku, cahaya di dadaku, terangnya kesusahanku, hilangnya kekhawatiran dan kesedihanku."

Thursday, March 4, 2010

TAik Idung saper nie???

tajuk entri yang agak kotor tapi boleh membuatkan aku pecah perut...macam2 topik aku n the geng bualkan ari nie...tapi yang paling best citer dari kak wani....

citer kak wani nie masa di zaman persekolahan dia dulu....almaklumlah, masa tu kan budak2 tengah meningkat remaja, suka la ngan gosip2 artis sampaikan tak pernah ketinggalan beli majalah URTV......tapi aku dulu x der la minat sangat, kalo ader orang beli aku baca la...tapi aku tak pernah beli......haha...

nak dijadikan cerita, kak wani ngan budak2 kelas dia ni tengah duk bergosip sambil-sambil baca URTV....tuan punya majalah duk duk di bahagian tengah la...dia tukang pegang majalah tu....tengah duk bergelak sakan tu...tiba2....tup....terjatuh sesuatu kat atas majalah tu.....masing2 berpandangan sesama sendiri...masing2 duk gesel2 idung pastu duk "tanya taik idung saper nie??".....dah x tahan nak tergelak, ader la yang mengaku....rupa2 nya taik idung empunya majalah tu yang jatuh segumpal kat situ....

mengikut citer kak wani, budak tu memang cun giler la kat skolah tu, tapi tak sangka la pulak smpai jatuh tergolek taik idung sebab tak sempat nak korek.....wakaakakaka.....dia siap pesan lak tu, jangan citer ngan orang lain......

bukan niat nak gelakkan dia, tapi moralnya...jagalah kebersihan diri...jangan duk touch up muka jer...yg dalam2 tu pun kena servis gak......kakakakaka.....

Sunday, February 21, 2010

marah @ biarkan @ pendamkan ajer ???

aku tak pasti samaada aku perlu marah dengan perbuatannya atau biarkan saja dia dengan perbuatannya atau pendamkan sajer perasaan aku...
kenapa perlu aku yang menghadapinya? dimana silapnya aku sehingga hari ini aku masih begini....melayan perasaan yang tidak pernah tenteram.....
tak pernah memahami kehendakku...tak pernah tahu apa yang tidak aku tak suka dia lakukan....
korban hati dan perasaanku tak mungkin terbalas.....kutelan pahit kehidupan...
cemburu dengan insan yg mengecapi bahagia namun aku tetap berpasrah....
di saat ini, hatiku remuk...kecewa....

Monday, February 15, 2010

Dungun oh Dungun ( Day 2 )

ari nie kitorang gi mandi manda kat sungai....best nyer...da lama tak jejak kaki ke dalam air sungai yang jernih dan sejuk nie...masa kecik2 dolu ader la aku ikut ayah mandi sungai...tapi da lepas kawin nie, nie first time aku ke sini..

kitaorang bermandi manda cam bebudak kecik lak...si kecik tu pun bukan main sonot lagi main air....da memang hantu air....

balik dari sungai kitaorang terus prepare untuk makan besar belah malam pulak...aper, u ol ingat Chinese jer yang makan besar malam nie....hahaha...kitaorang pun x ketinggalan ngn ikan stim pastu udang masak aper ntah + sayur campur goreng...sodap...chef nya ialah kak la...sungguh sodap masakan mu itu.....

lepas makan tu buat apple pie pulak....huhuhu...tak abis2 makan, lagi la menggemukkan badan aku.....tapi bukannya selalu pun......tukang bagi resepinya, kak la jugak....aku cuma tukang makan jer....

Dungun Oh Dungun...

tanpa dirancang, aku tekad untuk balik ke Dungun CNY nie...kebetulan 2 org kakak aku pun nak balik gak....bolehla kitaorang kumpul adik-beradik....last aku balik umah ayah rasanya last year, masa kawen Didi....hmmm...

seronok tak terkata tatkala sampai jer kat sana Umi ngan Mak Aini dah sediakan nasi dagang yang sememangnya sudah agak lama tidak menerjah anak tekak ku ini....sedap...hingga menjilat jari...lepas jer makan ayah terus ajak ke pantai...sesajer nak cuci mata n bawak anak2 berjalan....seronok budak2 ngn mak budak sekali main kat pantai....

da nak dekat maghrib baru la kitaorang balik umah....malam tido awal coz agak kepenatan melayan kerenah budak kecik tu......


*ayah,umi,mkni,k.la,k.murni,cah,eby,alan,yeyel n yayen...mis u so2 much.....bila la kiter blh berkumpul lagi??

penat gilos....

balik jar dari Dungun terus singgah umah mil kat P.Puteh...huh penat weh walaupun aku x drive....walaupun aku tido jer spanjang perjalanan, seluruh badan aku raser sengal2.....

banyak giler pakaian yang nak dibasuh...x sempat...rasanya nak landing lagi nie...QiQi.!!! tolong mummy....help!help!.....penatnya...angkut barang kuar dari kete pun rasanya macam nak rebah.....sib baik malam boleh la rehat skit...QiQi pun tido agak awal skit walaupun lepas tu dia bangun nak ajak aku main lagi...huhu...melayan la lagi kerenah anak dara aku yang sorang nie....mummy da x larat nie sayang...sib baik mummy da lepas layan fb tadi..

sib baik dalam kul 12 malam, my sil balik dari Kota Bharu sanggup melayan dak kechik tu....sambil borak2 ngn diorang mata aku nie da x leh nak ditahan lagi dari terus tertutup....apa lagi tido la....lalalala.....QiQi pun cepat jer terlena balik...

hubby aku!! tok sah citer la...kalo belum kul 2 pagi, dia takkan berganjak melayan game kat fb...huh..malas aku nk layan....biaq pi la dia ngan dunia fb nya...

Monday, February 8, 2010

Pembetulan......

kat sini ader sedikit pembetulan......ari tu agaknya aku gi timbang kat tempat yg salah...tu yang orang lain cam x percaya bila aku ckp berat aku dah jadi 70 kg......

yang sebetulnya, berat badan sebenar setelah ditimbang balik kat beberapa tempat ialah 65 kg........tapi risau la jugak coz dah hampir2 70 kg nie....huhuhu.....

insyaAllah, nk tanamkan azam untuk turunkan berat badan......

Wednesday, February 3, 2010

berat badan...

sudah lama bangat aku x hupdet blog nie...erm, dah keje tempat baru ni walaupun kejenya tak der la sebanyak keje kat pejabat lama, tapi terasa jugak kepenatannya...

penat teramat sangat yang aku rasai ni bkn berpunca dari penat bekerja tapi penat kerana terlampau banyak duduk di kerusi dan melangut depan pc...hahahaha....

yang paling merisaukan aku sekarang ni, keadaan aku yang terlampau bersenang lenang ni telah membuatkan berat badan aku bertambah naik.....perubahan yang terlalu mendadak semenjak aku balik sini....

jangan tak percaya lak berat aku dari 60kg telah naik kepada 70kg sekarang ni...wuaaaaaaaaaaa.........
aku tak sanggup........kenapa aku terlalu berselera menjamah makanan...nafsu terlalu menguasai minda aku...
ramai yang tegur perubahan mendadak pada diri aku ni....ramai yang perasan...aper taknya dah badan makin montel dan membulat......tidakkkkkkkkkkkkkkkkk.......................

aku dah mencuba sedaya upaya untuk mengawal nafsu makan ni namun aku selalu tewas.......bila hubby pun dah tegur, mula la raser tak sedap hati...lantas aku cuba untuk mencari alternatif lain nak kawal berat badan aku nie...
harap2 apa yang aku rancang akan menjadi.....InsyaAllah...dan akan aku hupdetkan lagi perkembangan tentang berat badanku ini nanti....

Wednesday, January 27, 2010

Renungkanlah Hawa

Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.


Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.


Jangan Hawa ,

jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.


Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.


Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


*sumber dari iluvislam.com