Sunday, July 10, 2011

Persediaan Untuk Bersalin

Sesajer nak kongsi....masa peknen anak pertama dulu, mak ngan arwah mak sedara yang jadi penasihat bab2 persediaan nak bersalin....sekarang untuk anak ke 2, buat persediaan sendiri la pulak, berdasarkan pengalaman yang lepas....Usia kandungan pun dah masuk 6 bulan lebih sekarang ni, dah kena buat persediaan samada daripada segi mental, emosi dan fizikal...Kelengkapan-kelengkapan pun perlu disediakan sikit2 sebelum kandungan masuk 7 bulan...mana la tahu kot2 bersalin masa 7 bulan ker..misi kat spital tu pun dah sarankan aku buat persediaan awal...kalu nak ikutkan, awal2 peknen ari tu pun dah xcited nak beli barang2 baby, tapi ikut mitos orang2 tua x elok sopim time tu.....mungkin la ada benda x elok tu...(ntah, aku pun x tau...tapi terikut la jgk )

Meh kongsi persediaan bersalin....aku copy paste kat blog ni tintadahliaz...tq yer post panduan berpekdah ni..


Persediaan Si Ibu Sepanjang Waktu Pantang

1. Kain batik lepas (Kain batik yang belum dijahit). Ia sebagai alas semasa tidur terutama sebulan selepas bersalin;
2. Kain batik yang sudah siap dijahit. Untuk dipakai seharian di rumah. Bagi yang berduit, dapatkan blaus yang memudahkan pergerakan dan selesa;( Aku pakai t-shirt ngn kain batik jer )
3. Baju/blaus yang memudahkan Si Ibu untuk menyusukan anak dan ia mesti selesa untuk Si Ibu. T-Shirtpun boleh. Pilih T-Shirt yang tidak terlalu tebal atau nipis;
4. Produk kesihatan. Banyak di pasaran sekarang. Ia perlu di zaman moden ini kerana pantang zaman sekarang tidak seperti zaman dulu-dulu; ( yg ni aku tgh survey nk beli yang mana...byk sgt produk )
5. Orang untuk menjaga Si Ibu dan Si Anak semasa pantang. (syukur sebab aku masih punya mak yang boleh jaga aku time pantang....alhamdulillah )
6. Khidmat Mengurut. Ini perkara wajib. Mesti dapatkan tukang urut yang betul. Kalau boleh maklumkan kepada dia awal-awal. Senang buat perancangan.
7. Tuala wanita bersalin sebanyak 280 keping/ 14 peket (20 keping sepeket) bagi kegunaan 5 keping sehari selama 60 hari. Pilih yang mempunyai permukaan lembut. Bagi yang tidak kisah untuk pakai kain, ia terpulang. Kedua-dua ada baiknya;
8. Stokin. Orang kata, masuk angin jika tidak pakai stokin. Jadi, mesti selalu pakai stokin untuk kesihatan;
9. Alat-alat jagaan kebersihan wanita. Jangan lupa juga perkara-perkara asas yang lain seperti syampu, ubat gigi, bedak, sikat, tuala muka-rambut-dan badan-asingkan. Pastikan diri Si Ibu sentiasa kemas dan terurus.
10. Pastikan rumah dikemaskan sebelum bersalin. Supaya tak berserabut nanti. Dalam pantang tidak boleh buat kerja berat
11. Sediakan tilam yang tidak begitu tebal atau nipis. Biasanya tukang urut tidak mengurut atas katil tapi di atas lantai. Ia juga memudahkan si ibu bergerak ke sana ke mari.
12. Batu tungku.
13. Ubat-ubatan dan krim badan. Selain produk kesihatan yang kita beli di pasaran, penting juga, jika ada untuk kita minum air akar kayu, sapu minyak angin kat badan, dan krim stretch mark.
14. Katil bayi. ( kat umah aku x der katil baby, coz anak yg sulung pun tido kat tilam kekabu jer )
15. Diapers/Lampin Si Anak. 280 keping untukk 60 hari. Lampin/diaper anak yang baru lahir perlu sentiasa ditukar, lebih kurang 5/6 kali sehari.
16. Tilam, bantal, selimut bayi.
17 Alatan mandi bayi. . Jadi elok mendapatkan alatan yang yang memang selalu diguna dalam jumlah yang banyak sekaligus. Maksudnya dalam botol besar. Bedak tak perlu beli dalam botol besar.
18. Pakaian Si Anak. Beli awal-awal dan pilih warna neutral (biasanya bila kita scan anak perempuan, mulalah kita nak beli warna pink, begitu juga sebaliknya. Tapi sejauh mana kita yakin anak perempuan yang akan lahir nanti, betul tak?
19. Basin mandi Si Anak.


Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

1. Beg Pakaian
2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai 3
6. T-Shirt 3
7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.
10. Bakul
11. Termos 1
12. Bekas air 1 (atau air mineral 3 btl besar)
13. Cawan
14. Tupperware
15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu



Persediaan Si Anak

Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan jugak di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.

1. Beg Bayi
2. Selimut 2
3. Baju dan seluar 3
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1
6. Tuala basah (wet wipes) 4 peket
7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)
8. Susu formula (tin/peket kecil)
9. Minyak telon/ Yu yee

Persediaan awal sebegini amat penting.... aku cuma nak share jer, kalu rasa elok..bolehlah dijadikan panduan...

Sharing Is Caring