Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah kerana telah memberi peluang kepada kami pada hari ini untuk sama-sama berkumpul dan bercuti bersama.
Destinasi kami hari ni ialah Sri Aur Chalet, Melawi. Sunyi dari kesibukan kota. Bolehla aku restkan minda sambil2 bbq... Yeayyy..
Meh la kita menjamu selera, bbq jommmm......
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, January 23, 2012
Monday, January 9, 2012
Si Kecik Demam
Ololo siannyer si kecik mummy ni... Demam lepas kena inject pagi tadi... Walaupun demam adik Faqih ni tetap jer aktif...asik nak main jerr...
Mummy doakan sayang mummy cepat sembuh k.
Sunday, January 8, 2012
Piala Sumbangsih - Kelantan vs Negeri Sembilan
x dop rezeki kelate napoknyo.....xpo la, kito try smula la pulop..... Gomo Kelate Gomo.... kito tetap penyokong TRW...
KUALA LUMPUR – Setelah tiga kali mencuba, hajat Negeri sembilan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah akhirnya terlaksana apabila menewaskan Kelantan 2-1 dalam Perlawanan Sumbangsih - pembuka tirai Liga Malaysia 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Wira Hoben Jang Hoben dalam perlawanan itu adalah penggempur import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona yang menjadi pemusnah Kelantan dengan dua jaringan pada minit ke-31 dan 63 walaupun Red Warriors memimpin perlawanan terlebih dahulu melalui pemain paling bernilai tahun lalu, Norshahrul Idlan Talaha seawal minit ke-22.
Kemenangan di hadapan 25,000 penonton itu membuktikan pasukan bimbingan Azraai Khor Abdullah masih berbisa bagi menghadapi musim baru walaupun kehilangan ramai pemain bintang yang berhijrah ke pasukan lain.
Bagi Kelantan, kelemahan pertahanan jelas menjadi punca kekalahan mereka yang gagal mengekang dengan baik ketangkasan Effa Owona yang beraksi begitu cemerlang sekali gus menghancurkan harapan peminat setia mereka yang mahu melihat Piala Sultan Ahmad Shah kekal setahun lagi di Kota Bharu.
Ketiadaan Azizi Mat Rose yang dikeluarkan pada penghujung separuh masa pertama memberikan kesan kepada persembahan keseluruhan barisan kubu Kelantan sepanjang separuh masa kedua yang bagaikan tidak berdaya menangani serangan bertali arus Negeri Sembilan terutama melalui S. Kunanlan.
Kekalahan itu bagaikan memberikan petanda kurang baik buat Kelantan yang bakal bertandang ke Stadium Jalan Besar, Selasa ini bagi menghadapi Lions XII dalam perlawanan pertama Liga Super.
Mohd. Farisham Ismail menjadi pilihan Peter Butler bermain di posisi bek kanan menggantikan Mohd. Daudsu Jamaludin yang digantung perlawanan manakala Ghaddar bergandingan dengan Norshahrul dan Indra Putra Mahayuddin di barisan serangan.
Sementara itu, Negeri Sembilan melakukan sedikit rombakan apabila kehilangan Mohd. Shukor Adan dan terpaksa meletakkan G. Mahathevan bergandingan dengan Norhafiz Zamani Misbah yang memikul tugasan ketua pasukan.
Kelantan yang menguasai sebahagian besar perlawanan pada permulaan separuh pertama seolah-olah memberikan petanda bahawa akan bergelar pemenang malam semalam apabila menggegar pintu gol Negeri Sembilan menerusi gerakan cantik Norshahrul.
Hasil umpanan Ghaddar, Norshahrul memperdayakan dua pertahanan Kelantan dalam kotak penalti sebelum menewaskan Farizal Marlias bagi menggembirakan kira-kira 15,000 penyokong setia Red Warriors.
Namun, kegembiraan Kelantan hanya bertahan sembilan minit apabila tonggak import Negeri Sembilan, Effa Owona melakukan gerakan secara solo ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan padu yang mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat kerana bola sebelum itu mengenai Farisham.
Red Warriors semakin hilang rentak pada separuh masa kedua ketika Negeri Sembilan semakin rakus menguasai perlawanan dan akhirnya Effa Owona memastikan kehadirannya dalam saingan liga musim ini perlu diberikan perhatian oleh pasukan lain apabila menjaringkan gol kemenangan 18 minit selepas separuh masa kedua bermula.
Berpunca daripada hantaran silang Tengku Qayyum Ubaidillah berhampiran pintu gol Kelantan, Effa Owona yang gagal dikawal oleh pertahanan Kelantan mudah menanduk masuk bagi memastikan Piala Sultan Ahmad Shah hadir ke Seremban buat pertama kali sejarah penganjuran piala itu semenjak tahun 1985.
Sumber : Utusan Online
Thursday, January 5, 2012
Tak nak baby boy
Lepas bersalin punya la lama aku menunggu untuk masuk ke wad, apa nak buat...tekanan darahku tak turun2...maka menunggu la hubby, mama ngan faqihah kat situ sampai petang.
Aku bayangkan Faqihah excited sebab dapat baby ni. Masuk jer wad aku tengok dia masam jer...hubby pun ceritala.... Rupa2nya kakak tak nak baby boy...hahaha.... Memang masa aku tengah prgnant ari tu pun dia siap cakap, baby dalam perut mummy ni baby girl...x nak baby boy...
Pujuk punya pujuk akhirnya dia nak jugak baby boy...hehehe... Siap nak dukung n riba lagi...

Tengku Faqih
Ini baby baru ku, menjadi penemanku dan juga Faqihah... Allah telah mempermudahkan proses kelahiran baby ini, sakit pun tak lama sangat... Masuk bilik bersalin kul 10.30, dah rasa nak meneran...pukul 11.42, lahirlah baby comel ini dengan berat 3.2 kg.....alhamdulillah
Memang x dijangkakan dan bila doctor bgitau aku dpt baby boy, aku bersyukur sangat2. Masa pregnant dah memang plan tak nak tau jantina baby coz bagi aku, apa pun jantinanya aku x kisah..asalkan baby sihat walafiat
Allah itu Maha Mendengar, doaku dimakbulkan. Biarpun ramai yang jadi 'tukang tilik' perutku ini mengatakan yang aku akan dapat baby girl lagi, aku redha atas apa saja pemberianNya.

Tuesday, January 3, 2012
Faqihah & Faqih
Sebenar-benarnya memang tak sempat nak update blog. Tapi perlu jugak diupdate untuk ku kenang2 suatu hari nanti.
Aku sudah pun selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 9.10.11.. Cantik x tarikh tu?? Hehehe... Apapun aku amat bersyukur kerana doaku dimakbulkan Allah s.w.t, dapat sepasang cahaya mata comel.
Faqihah bukan main hepi lagi sebab dapat kawan n asyik mintak nak dukung jer adiknyer. Nama baby pulak hubby aku yang pilihkan, diambil dari nama kakaknyer.. Tengku Faqih yg mberi maksud yg amat memahami.
Alhamdulillah, Faqih & Faqihah...mummy doakan anak2 mummy menjadi seorang ank yg soleh & solehah, cerdik dan mjadi insan yg bguna bila besar nanti.

Monday, January 2, 2012
Lamonyo x singgah
Kalo dikira2 memang agak lama x post entri kat sini, last skali masa bulan posa kalo x silap... And aku dah pun selamat melahirkan cahaya mata ke 2....
Hmm....idea datang mencurah2, tapi masa pulak x der..terpaksa menguruskan 2 orang anak2ku yang comel...
Rasanya lepas ni la kot nak aktif balik. Insyaallah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Hmm....idea datang mencurah2, tapi masa pulak x der..terpaksa menguruskan 2 orang anak2ku yang comel...
Rasanya lepas ni la kot nak aktif balik. Insyaallah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Subscribe to:
Posts (Atom)