Lepas 5 hari demam tak kebah walaupun dah makan ubat, aku buat keputusan untuk bawak Faqih ke hospital. Bimbang jadi apa2 yang tak diingini.
Punyalah susah nak dapat parking kt HRPZ2 tu, terpaksa turunkan ma dulu kat kecemasan. 2 round masih belum jumpa parking. Hati dah risau, macam mana la ma nak handle dua2 anak aku. Nasib baik teringatkan Intan, terus col dia. Terima kasih sahabat kerana temankan ma dan anak2 aku sementara aku dapat parking.
Settle check up then ambik darah sambil Faqih menangis x henti2. Doc suruh masuk wad sebab faqih langsung tak makan n minum.
Alhamdulillah, doc dan nurse kat wad 4 dan 5 sangat baik hati. Terima kasih atas rawatan dan layanan yang telah anak saya terima. Semoga Allah membalas jasa kalian.
3 hari dalam wad, Faqih dah boleh makan n minum macam biasa then doc benarkan dia discaj. Alhamdulillah. Sekarang tengah continue untuk habiskan antibiotik.
Doakan nyawa saya ini sembuh seperti sediakala. Amin..