Sunday, September 6, 2015

#THROWBACK MAC 2015, Syukur Alhamdulillah

Jangan bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain kerana Allah memberi rezeki yang berbeza-beza kepada setiap orang. Allah adalah sebaik-baik perancang. Kadang-kadang Allah berikan kita rezeki yang tanpa kita jangka, maka bersyukurlah di atas pemberian dariNya.

Aku jugak sangat bersyukur dengan rezeki yang aku perolehi setelah 7 tahun bekerja di sini dan hari ini dikurniakan anugerah perkhidmatan cemerlang. Siapa sangka kan? aku pun tak menjangkakan ini kerana masih ramai yang layak untuk mendapat anugerah ini. Setiap kakitangan telah melakukan tugas yang terbaik untuk majikannya, dan mungkin kali ini rezeki aku. Syukur Ya Allah...

Kali ni majlis anugerah ni diadakan di PICC, Putrajaya... makanya, projek membodek suami pun bermula. Nasib baik husband kita baik hati nak hantar kita ke sana. Angkut sekali anak-anak dan kami menginap di Everly Hotel, kes senang nak menyoping kat Alamanda.

Nak tepek banyak2 gambar kat sini untuk kenangan :)

 Wif Kak Nor yang sama-sama terima anugerah

 Wif kak Marimi yang jugak penerima anugerah

 Bangganya berdiri di dewan ini... :)




Sementara maknyer menerima anugerah, anak2 dipantau oleh encik suami. Terima kasih yang tak terhingga buat suami yang sanggup menjadi babysitter hari ni... hihihi... anak2 seronok la berjalan ngan Qu sebab macam2 kehendak bapaknya turutkan... x macam mummy, semua benda mummy x kasi.. hihi.. Diorang check out dari hotel terus melepak kat Alamanda sementara tunggu mummy..

 Amboii.... nih anak ke bapak yang shopping??? hmmm....




 Ermmm..... sedapnyer... tertelan2 ailio tengok eskrim ni..

Dah abis majlis tu terus diorang ambik mummy kat PICC then kitaorang bawak anak2 jenjalan kat sekitar bandar KL pulak.... kiter ke Pavillion... hihihi... cuci mater ajer... nk shopping tak mampu..











Hargailah apa yang kita miliki saat ini. Dan ingatlah, kebahagiaan takkan pernah datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang dimiliki. Bagiku, anak2 dan keluarga adalah kebahagiaanku... keluargaku nafasku... LUV u ols....