Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mampu bernafas pada hari ini 1 Ogos 2011 untuk sama-sama seluruh umat Islam di dunia ini menyambut kehadiran Ramadhan..... semoga ramdhan kali ini akan membawa perubahan pada kehidupanku..... semoga segala amalanku diterima Allah s.w.t dan diberkati olehNya..... amin

Tepung Pelita

Aha.....idea untuk menghasilkan kuih ni terjadi bila aku keboringan menunggu masa untuk BSP semalam.... alang2 dah ambik cuti untuk test kencing manis, ku luangkan masa untuk mencuba resepi yang ku ciplak dari My Resepi
dan hasilnya......... taraaaaaaa.......sangat memuaskan hatiku walaupun ianya percubaan kali pertama....alhamdulillah, menjadi......

Tepung Pelita

Resepi Asal : Yanie ( Myresepi )

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )


1 cawan tepung beras

1 cawan gula

5 cawan air

4 sudu besar tepung beras(ratakan)

1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air

sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1.Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2.Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3.Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4.Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5.Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6.Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7.Sejukkan 
 
* untuk menyedapkannya lagi, aku taburkan sedikit gula dalam acuan sebelum tuang adunan tepung untuk menghasilkan air gula....sedapppppp......