dan hasilnya......... taraaaaaaa.......sangat memuaskan hatiku walaupun ianya percubaan kali pertama....alhamdulillah, menjadi......
Tepung Pelita
Resepi Asal : Yanie ( Myresepi )
Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
1.Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2.Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3.Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4.Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5.Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6.Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7.Sejukkan
* untuk menyedapkannya lagi, aku taburkan sedikit gula dalam acuan sebelum tuang adunan tepung untuk menghasilkan air gula....sedapppppp......
No comments:
Post a Comment