Jom share2 resepi. Bulan posa ni kerjaku meng'google' resepi jer. Yang mana terlintas difikiran terus google. Ari ni raser2 macam nak masak ikan kembong berlada jer. Kita copy paste resepi dulu ek, lepas tu balik umah baru la boleh masak :)
Ikan Kembong Berlada
Resepi asal boleh tengok kat sini ek : MaDiHaA aka Ratna ( Kredit to tuan punya resepi )
Bahan2
3 ekor ikan kembong besar
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1/2 sudu kecil pati ayam tumix
1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 biji limau kasturi ~ ambil jus
garam & serbuk kunyit untuk lumur pada ikan
minyak secukupnya
Bahan tumbuk lumat
6 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Cara menyediakan
1. Ikan dibersihkan,
dikelar & lumur dengan garam & serbuk kunyit kemudian digoreng,
angkat & letak dalam pinggan hidangan.
2. Panaskan sedikit
minyak dalam kuali lain & tumiskan bawang hiris & bahan2 tumbuk
sehingga wangi & terbit minyak. masukkan pati ayam tumix, garam,
gula & jus limau kasturi. Bila dah secukup rasa masukkan ikan &
gaul rata. Boleh juga tuangkan sambal lada di atas ikan yang terhidang
dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment