Monday, August 24, 2015

#THROWBACK FEBRUARI 2015

MAMA MENUNAIKAN UMRAH

11 Februari 2015 - Mama bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah. Ceria sangat wajah ma masa ni. Alhamdulillah, doanya diberkati Allah dan rezekinya dipermudahkan untuk bersama-sama sahabatnya di kampung bagi menunaikan umrah bersama. Syukur Allah pertemukan mereka2 yang begitu prihatin dan baik hati, sanggup membantu bagi tengok2kan ma semasa di bumi Mekah nanti.

 Wajah redup seorang ibu yang sentiasa dirindui

Cucu2 tokma excited hantar tokma kat KLIA2




Semoga ibadah umrah berjalan lancar, diterima Allah dan selamat pergi dan balik. Insyallah

PERGINYA ULAMA YANG DISANJUNGI TGNA

12 Februari 2015 - Sehari selepas ma berangkat ke tanah suci, kami dikejutkan dengan berita pemergian Ulama yang kami sanjungi iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perginya tiada pengganti. Al-fatihah buat Tok Guru. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.


No comments: