Kerana dah setahun lebih tinggalkan blog kesayangan ni, maka hari ni tergerak hati nak meng 'update' segala macam benda yang berlaku sepanjang tahun 2014.
Kali ni nak mulakan dengan banjir besar yang melanda negeri Kelantan pada Disember 2014. Rumah yang kami diami pun ditenggelami air. Sesungguhnya kami sekeluarga redha dengan ujian dan dugaan dariNya. Keadaan kami tidaklah seteruk mereka yang tinggal di Kuala Krai dan Gua Musang. Ada diantara mereka yang terus kehilangan tempat tinggal kerana dihanyutkan arus air banjir. Sedih dan sebak mengenangkan nasib yang menimpa mereka. Sehingga hari ni pun masih ada di antara mereka yang belum mendapat tempat berteduh, malah ada yang masih tinggal di dalam khemah. Sedih kan ????
Kat sini nak kongsi sikit gambar-gambar kenangan semasa banjir melanda Kelantan. Air banjir mulai naik di Bandar Kota Bharu pada 24 Disember 2014 dan mulai penuh keesokan harinya.
Awal pagi 25/12/2015 - Berhampiran dengan Tesco
Pagi 25 Disember 2014
Redha dan tawakal kpd Allah s.w.t. Di saat ini air sudah memasuki ruang dapur rumah.
Pengalaman banjir pertama buat Faqih dan Faqihah. *anak2 perlu diawasi yer semasa banjir.
Bantuan banjir dari hamba Allah yang baik hati. Semoga Allah merahmati hidupnya.
Air dah makin naik, kami pun terpaksa akur untuk berpindah sebab tak nak perkara yang tak diingini berlaku. Terima kasih kepada keluarga mertua yang memberikan kami tempat berteduh sementara menunggu air banjir surut...
Faqih ngan Faqihah bukan main seronok berlari2 sambil main air dalam rumah yer.....
Dugaan banjir yg kami sekeluarga alami tidaklah seteruk yg dihadapi
mereka yg berada di Kuala Krai. Walaupun rumah yg kami diami dinaiki
air, kami masih punya tempat utk blindung. Sedih mengenangkan nasib
penduduk di Kuala Krai yg rata2nya kehilangan tempat tinggal setelah
banjir melanda. Kediaman mereka hancur musnah sama sekali. Semoga ada
hikmat di sebalik kejadian ini dan Semoga Allah memudahkah segalanya.
Amin