Monday, July 20, 2009

Aksi Ulangan Malaysia vs MU

MANCHESTER United, memutuskan untuk melanjutkan tempoh persinggahan mereka di Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dengan mengatur perlawanan ulangan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 8 malam ini. Harga tiket RM308 untuk tempat duduk utama dan RM58 tempat terbuka. ( Dan aku takkan berpeluang lagi untuk menyaksikan perlawanan ke 2 ini coz budget dah x der )

Mungkinkah Manchester United akan mempamerkan belang sebenar pada perlawanan kedua hari ini setelah hampir dikejutkan dengan aksi bertenaga pasukan kebangsaan Sabtu lalu?

Atau mungkin juga keputusan 2-3 kelmarin disebabkan United ‘beri muka’ kepada pasukan kebangsaan dan menyimpan tenaga untuk memberikan keputusan yang mengaibkan seperti mana pada 2001 di mana kita kalah 0-6?

Ini merupakan antara kemungkinan yang bermain difikiran aku menjelang perlawanan kedua United-Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Mungkin perlawanan Sabtu lalu diadakan pada sebelah waktu siang di mana pemain United keletihan beraksi dalam cuaca panas, juga kerana baru sahaja tiba di negara ini sehari sebelum perlawanan.

Keputusan 2-3 kelmarin memang baik namun secara peribadinya aku berpendapat United tidak beraksi pada tahap terbaik. Mereka juga mungkin memandang rendah kemampuan kita yang membawa kepada aksi kurang bersungguh-sungguh. Namun hari ini mereka mungkin akan bangkit dengan aksi sebenar kerana mereka kini sudah mendapat rehat secukupnya.

Aku tak rasa kecemerlangan yang kita lakukan Sabtu lalu mampu diulangi. Lagipun para pemain kita sudah berhabis-habisan pada perlawanan itu. Begitu juga Amri Yahyah, bagi aku dua gol yang dijaringkan Sabtu lalu hanya akan kekal sebagai kenangan paling manis dalam kariernya tanpa mampu diulangi hari ini. Tapi siapa tau tuah menyebelahi Amri...

Keputusan perlawanan ini baik kerana sekurang-kurangnya kita tidak diaibkan dengan jaringan besar dari MU.

United-Malaysia beraksi dalam perlawanan kedua di stadium yang sama hari ini setelah Siri Jelajah 2009 kelab England itu dibatalkan di Indonesia ekoran insiden pengeboman dua hotel mewah di Jakarta, Jumaat lalu.

Walaupun kalah, Amri Yahyah muncul wira pasukan kebangsaan apabila menjaringkan dua gol. Keputusan perlawanan membuktikan skuad kebangsaan sudah dapat menandingi pasukan terbaik di dunia, namun kita kalah dari segi taktikal. Apa yang menarik ialah permainan agresif para pemain yang sentiasa mengejar bola.

Walaupun kurang yakin pasukan kebangsaan mampu mengulangi kecemerlangan seperti mana Sabtu lalu namun skuad kebangsaan telah membuktikan mampu memberi tentangan ke atas United yang beraksi dengan baik.

* aku sokong dari umah jer la malam ni...kalau la dapat pergi lagi... Malaysia Boleh!!

Malaysia vs Manchester United



18/07/2009, Sabtu - aku melapangkan diri dengan menemani hubby menonton perlawanan persahabatan Manchester United menentang Malaysia, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dulu memang aku tak pernah berminat dengan sukan bola sepak ni tapi bila dah kahwin, mula terikut2 ngan hobi hubby aku...baby aku pun pandai tengok perlawanan bola sepak kat tv..

Mendengar sahaja nama kelab bolasepak Manchester United sudah cukup untuk membuatkan pihak lawan merasa gerun dengan keunggulannya sebagai sebuah kelab ternama dunia. Sememangnya kelab ini bukan sahaja telah mencipta nama sebagai sebuah kelab bolasepak paling berpengaruh tetapi turut mencipta fenomena sebagai sebuah kelab yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia.

Bukan hanya orang dewasa sahaja yang meminati kelab ini malah para ibu-bapa akan sedaya upaya mengheret anak-anak mereka supaya turut menggilai kelab ini. Yang pasti, apa yang aku dapat lihat, anak2 kecil juga dibawa menyaksikan perlawanan ini. Pakcik2 n makcik2 yang bertongkat pun ada sama.

Kedatangan kelab ini ke Malaysia untuk satu perlawanan persahabatan semalam pastinya akan memenuhi impian peminat fanatiknya di sini. Pasukan manakah menjadi pilihan anda. Malaysia atau Manchester United? Tidak kiralah pasukan mana yang anda sokong tetapi tujuan anda datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini adalah untuk menyaksikan satu perlawanan yang menarik dan menghiburkan. Begitu jugalah aku...

Beberapa bintang besar MU yang beraksi adalah seperti Edwin Van der Sar (Ben Foster), Patrice Evra, Rio Ferdinand (West Brown), Anderson (Ryan Giggs), Dimitar Berbatov (Ferico Macheda), Wayne Rooney (Michael Owen), Nani, Paul Scholes (Zoran Tosic), John O Shea, Jonny Evans, Darron Gibson .Lebih menarik Owen menyarung jersi nombor tujuh milik pemain hebat United terdahulu seperti Eric Cantona dan David Beckham.

Bagi skuad bimbingan K. Rajagobal, antara bintang yang beraksi adalah seperti Mohd Farizal Marlias ( best giler penjaga gol ni ), Mohd Asraruddin Umar (Mohd Azmi Muslim), Norhafiz Zamani Misbah (kapt) (K Gurusamy), Mohd Aidil Zafuan, Mazlizam Mohd (V Thirumurugan), Safiq Rahim (Mohd Sabree Mat Abu), Amar Rohidan (Mohd Bunyamin Omar), Indra Putra Mahyuddin (Badrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah (baik punyer player), Mohd Khyrill Muhymeen, Zaquan Adha (Norshahrul Idlan Talaha).Perlawanan ini tidak lain tidak bukan sebagai persiapan menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia dan Sukan SEA Laos hujung tahun ini.

GEGAK gempita Stadium Nasional, Bukit Jalil bergemuruh dalam satu suara menjulang wira Malaysia, Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009.

Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia, barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri - anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53.Amri membuktikan diri sebagai pemain tengah berwibawa negara dengan membuat tindakan bijak ketika melihatkan Van der Sar terkeluar daripada posisinya.

Amri menampilkan prestasi baik dengan melakukan lambungan menakjubkan melepasi penjaga gol MU itu pada penghujung saingan babak pertama sekaligus menggamatkan 100,000 penyokong dengan tiga perempatnya berbaju merah.

Tonggak tengah itu kemudian membuktikan ia bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk, sekali lagi menggamatkan kapasiti penuh di Bukit Jalil.

AMRI dipeluk rakan sepasukan selepas gol untuk Pilihan Malaysia ketika menentang Manchester United dalam aksi 'Jelajah MU 2009' di Stadium National, Bukit Jalil.

United mula membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney seawal minit kelapan dengan gol kedua pelawat menyusul minit ke-27 hasil sumbangan Nani. Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat.

Aper pun aku tetap berbangga dengan Skuad Malaysia yang mempamerkan aksi hebat di perlawanan ini....thanks to my hubby sebab bawa aku ke sana...


* hubby terkejut beruk tengok aku bersorak sakan masa Amri menjaringkan gol...hehehe...aku pun x terperasan sebab xcited sangat...

Thursday, July 16, 2009

Kenduri Durian

Masa yang dinanti telah pun tiba....malam tadi aku n hubby kenduri sakan....kenduri aper?? kenduri durian la...


Adegan tawar menawar antara hubby ngan penjual durian....setelah dipersetujui, dengan bermurah hati penjual durian tersebut meng'offer'kan kami 2 biji durian free dengan setiap pembelian RM20.00( 14 biji )...jadi jumlah durian yang kami dapat ialah 16 biji..


Durian yang dibawak balik ke rumah sebelum di'korban'kan



Umphh...telan air liur aku melihat warnanya yang kuning keemasan...sabar2, nk snap gambar dulu sebelum dirasa...



Ngap...dah pun ter'korban'....dengan khusyuknya hubby aku ngan Peja menikmati keenakan Raja Buah....jangan habiskan!!! simpan untuk kiter gak!!!!


Ini jer yang tinggal....16 biji durian dihabiskan oleh 3 orang dalam sekelip mata...memang semuanya Hantu Durian....sib baik la aku tak termuntah sebab pulun banyak sangat durian...hehehe..


Thursday, July 9, 2009

Kursus Induksi ( Part 1 )

Setelah perbincangan demi perbincangan dilakukan antara aku dan hubby, kami telah bersetuju untuk tinggalkan Faqihah kat kampung..hari aku nak bertolak ke Batu Pahat tu, mak aku pun sampai dari kampung untuk mengambil cucu kesayangannya...seronok la dia boleh jaga cucu...
Pagi semasa aku nak bertolak tu, tiba la saat2 yang membuatkan aku menitiskan air mata kerana terpaksa berjauhan dari baby dan hubby kesayangan..11 hari tu..aku tengok kelopak mata hubby aku juga bergenangan air mata..x sangka aku, dia pun sedih jugak..yer la, nanti dia keseorangan la kat umah..
Mulanya aku bercadang untuk ke Batu Pahat berseorangan, tapi pagi tu Azizi ader call aku, katernya Tina,Ammar n Nizam nk kumpul kat Subang dulu...aku pun ubah fikiran, nak konvoi ngn diaorang gak la..
Kitaorang bertolak dari Subang kul 9 pagi, berhenti kat R&R Seremban coz Kak Dah tunggu kat situ untuk gi kenduri umah Baei kt Muar..sampai Muar dalam kul 12 lebih, terus isi perut yang kelaparan..tak sempat tunggu pengantin coz kitaorang kena lapor diri kul 2.30 petang...
Sampai kat ADTEC Batu Pahat dalam kul 2 lebih, terus lapor diri dan diarah berkumpul di dewan..penat giler tu..sampai jer terus start program...
Ha...kat sini la terjadinya moment yang paling aku tak sangka..nanti sambung la ek..dah lenguh tangan menaip ni..

Luahan Hati @ Perasaanku

tak tau nak kater aper bila orang dah salah anggap pasal kita.. yang paling buat aku terkilan, aku dituduh yang bukan2...kenapa ianya berlaku??
salah ker kalau aku nak berbaik2 ngan semua orang? aku adalah aku, memang tak boleh tukar jadik orang lain..aku dengan cara aku, kenapa orang nak pertikaikan lagi?
kenapa aku dituduh menjadi talam dua muka? aku dituduh menjadi batu api? terkilan dan sedih sangat, aku dianggap berpura2 baik di hadapan semua orang...orang yang tak kenal aku siapa mungkin akan beranggapan begini rupa...
aku dituduh bersekongkol untuk menjatuhkan satu puak...aper ni?? niat aku cuma satu, untuk berbaik dengan semua orang yang aku kenal..tak pernah sedetik pun terlintas dalam fikiran aku untuk memilih kawan...
bila dah jadi macam ni, aku perlu lebih berhati2 dalam berkawan...dan mulai dari saat ini, aku sudah bertekad, aper sajer yang aku lakukan, biarlah aku sendirian daripada aku makan hati berulam jantung...
senang citer, aku buat hal aku jer, tak payah nak baik ngan saper2 pun.. yang penting, niat aku datang kerja untuk cari duit tanggung family aku..yang lain2 aku akan tolak ke tepi...lantak la aper orang nak fikir pasal aku..