Monday, July 20, 2009

Aksi Ulangan Malaysia vs MU

MANCHESTER United, memutuskan untuk melanjutkan tempoh persinggahan mereka di Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dengan mengatur perlawanan ulangan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 8 malam ini. Harga tiket RM308 untuk tempat duduk utama dan RM58 tempat terbuka. ( Dan aku takkan berpeluang lagi untuk menyaksikan perlawanan ke 2 ini coz budget dah x der )

Mungkinkah Manchester United akan mempamerkan belang sebenar pada perlawanan kedua hari ini setelah hampir dikejutkan dengan aksi bertenaga pasukan kebangsaan Sabtu lalu?

Atau mungkin juga keputusan 2-3 kelmarin disebabkan United ‘beri muka’ kepada pasukan kebangsaan dan menyimpan tenaga untuk memberikan keputusan yang mengaibkan seperti mana pada 2001 di mana kita kalah 0-6?

Ini merupakan antara kemungkinan yang bermain difikiran aku menjelang perlawanan kedua United-Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Mungkin perlawanan Sabtu lalu diadakan pada sebelah waktu siang di mana pemain United keletihan beraksi dalam cuaca panas, juga kerana baru sahaja tiba di negara ini sehari sebelum perlawanan.

Keputusan 2-3 kelmarin memang baik namun secara peribadinya aku berpendapat United tidak beraksi pada tahap terbaik. Mereka juga mungkin memandang rendah kemampuan kita yang membawa kepada aksi kurang bersungguh-sungguh. Namun hari ini mereka mungkin akan bangkit dengan aksi sebenar kerana mereka kini sudah mendapat rehat secukupnya.

Aku tak rasa kecemerlangan yang kita lakukan Sabtu lalu mampu diulangi. Lagipun para pemain kita sudah berhabis-habisan pada perlawanan itu. Begitu juga Amri Yahyah, bagi aku dua gol yang dijaringkan Sabtu lalu hanya akan kekal sebagai kenangan paling manis dalam kariernya tanpa mampu diulangi hari ini. Tapi siapa tau tuah menyebelahi Amri...

Keputusan perlawanan ini baik kerana sekurang-kurangnya kita tidak diaibkan dengan jaringan besar dari MU.

United-Malaysia beraksi dalam perlawanan kedua di stadium yang sama hari ini setelah Siri Jelajah 2009 kelab England itu dibatalkan di Indonesia ekoran insiden pengeboman dua hotel mewah di Jakarta, Jumaat lalu.

Walaupun kalah, Amri Yahyah muncul wira pasukan kebangsaan apabila menjaringkan dua gol. Keputusan perlawanan membuktikan skuad kebangsaan sudah dapat menandingi pasukan terbaik di dunia, namun kita kalah dari segi taktikal. Apa yang menarik ialah permainan agresif para pemain yang sentiasa mengejar bola.

Walaupun kurang yakin pasukan kebangsaan mampu mengulangi kecemerlangan seperti mana Sabtu lalu namun skuad kebangsaan telah membuktikan mampu memberi tentangan ke atas United yang beraksi dengan baik.

* aku sokong dari umah jer la malam ni...kalau la dapat pergi lagi... Malaysia Boleh!!

1 comment:

RinnAzrinah said...

ti.... susah nak ckp...byk sgt spekulasi....