Monday, July 20, 2009

Malaysia vs Manchester United



18/07/2009, Sabtu - aku melapangkan diri dengan menemani hubby menonton perlawanan persahabatan Manchester United menentang Malaysia, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dulu memang aku tak pernah berminat dengan sukan bola sepak ni tapi bila dah kahwin, mula terikut2 ngan hobi hubby aku...baby aku pun pandai tengok perlawanan bola sepak kat tv..

Mendengar sahaja nama kelab bolasepak Manchester United sudah cukup untuk membuatkan pihak lawan merasa gerun dengan keunggulannya sebagai sebuah kelab ternama dunia. Sememangnya kelab ini bukan sahaja telah mencipta nama sebagai sebuah kelab bolasepak paling berpengaruh tetapi turut mencipta fenomena sebagai sebuah kelab yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia.

Bukan hanya orang dewasa sahaja yang meminati kelab ini malah para ibu-bapa akan sedaya upaya mengheret anak-anak mereka supaya turut menggilai kelab ini. Yang pasti, apa yang aku dapat lihat, anak2 kecil juga dibawa menyaksikan perlawanan ini. Pakcik2 n makcik2 yang bertongkat pun ada sama.

Kedatangan kelab ini ke Malaysia untuk satu perlawanan persahabatan semalam pastinya akan memenuhi impian peminat fanatiknya di sini. Pasukan manakah menjadi pilihan anda. Malaysia atau Manchester United? Tidak kiralah pasukan mana yang anda sokong tetapi tujuan anda datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini adalah untuk menyaksikan satu perlawanan yang menarik dan menghiburkan. Begitu jugalah aku...

Beberapa bintang besar MU yang beraksi adalah seperti Edwin Van der Sar (Ben Foster), Patrice Evra, Rio Ferdinand (West Brown), Anderson (Ryan Giggs), Dimitar Berbatov (Ferico Macheda), Wayne Rooney (Michael Owen), Nani, Paul Scholes (Zoran Tosic), John O Shea, Jonny Evans, Darron Gibson .Lebih menarik Owen menyarung jersi nombor tujuh milik pemain hebat United terdahulu seperti Eric Cantona dan David Beckham.

Bagi skuad bimbingan K. Rajagobal, antara bintang yang beraksi adalah seperti Mohd Farizal Marlias ( best giler penjaga gol ni ), Mohd Asraruddin Umar (Mohd Azmi Muslim), Norhafiz Zamani Misbah (kapt) (K Gurusamy), Mohd Aidil Zafuan, Mazlizam Mohd (V Thirumurugan), Safiq Rahim (Mohd Sabree Mat Abu), Amar Rohidan (Mohd Bunyamin Omar), Indra Putra Mahyuddin (Badrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah (baik punyer player), Mohd Khyrill Muhymeen, Zaquan Adha (Norshahrul Idlan Talaha).Perlawanan ini tidak lain tidak bukan sebagai persiapan menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia dan Sukan SEA Laos hujung tahun ini.

GEGAK gempita Stadium Nasional, Bukit Jalil bergemuruh dalam satu suara menjulang wira Malaysia, Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009.

Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia, barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri - anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53.Amri membuktikan diri sebagai pemain tengah berwibawa negara dengan membuat tindakan bijak ketika melihatkan Van der Sar terkeluar daripada posisinya.

Amri menampilkan prestasi baik dengan melakukan lambungan menakjubkan melepasi penjaga gol MU itu pada penghujung saingan babak pertama sekaligus menggamatkan 100,000 penyokong dengan tiga perempatnya berbaju merah.

Tonggak tengah itu kemudian membuktikan ia bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk, sekali lagi menggamatkan kapasiti penuh di Bukit Jalil.

AMRI dipeluk rakan sepasukan selepas gol untuk Pilihan Malaysia ketika menentang Manchester United dalam aksi 'Jelajah MU 2009' di Stadium National, Bukit Jalil.

United mula membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney seawal minit kelapan dengan gol kedua pelawat menyusul minit ke-27 hasil sumbangan Nani. Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat.

Aper pun aku tetap berbangga dengan Skuad Malaysia yang mempamerkan aksi hebat di perlawanan ini....thanks to my hubby sebab bawa aku ke sana...


* hubby terkejut beruk tengok aku bersorak sakan masa Amri menjaringkan gol...hehehe...aku pun x terperasan sebab xcited sangat...

2 comments:

RinnAzrinah said...

ti... gambo cilok kat nerr???...

tuty said...

gambar tu cilok kat utusan online..kih3x