Thursday, January 12, 2017

Bento Last Day untuk minggu ke 2

Selamat pagi.. hari ni Abg Faqih masih tak sihat lagi, so mami cuma siapkan bento untuk Kakak Faqihah n mami jer... menu simple jer hari ni.. cuma yang susahnya nak masak pagi2 sekarang ni ada penunggu.... huhuhhu serammmmnya... saper penunggu tu???? siapa lagi kalu bukan babyku yang gebu gebasssss si Tg Fayyadh...

Pagi2 kul 5 pagi bila akak bangun jer, dia pun mula la merengek nak bangun jugak. Terpaksalah akak melayan karenah si kecik ni dulu.. apa lagi, kelam kabut la tiap2 pagi. nak siapkan makanan lagi, nak layan si baby lagi... hmmmm....

Nasi Goreng Ikan Rebus, Cekodok Pisang dan Limau Mandarin

Menu hari ni ialah Nasi Goreng Ikan Rebus.. memang kegemaran akak ni sejak kecik lagi. Dulu arwah nenek selalu masak ni, lepas tu turun ke mak akak n sekarang dah turun ke akak.. senang jer buat nasi goreng ni. Nti akak letak resepi. Cekodok pisang pulak dimasak penuh kasih sayang oleh mak akak untuk cucu kesayangannya.. yang ni pun memang kegemaran kami sekeluarga, cekodok yang lembut, lemak dan manis. Tambah lagi dengan pencuci mulut, limau mandarin ni pemberian dari agensi yang selalu berurusan dengan akak kat office.. diorang nak raya kan, memang amalan untuk agih2 kan limau ni... rezeki jangan ditolak..

Jom tengok resepi Nasi Goreng Ikan Rebus

Bahan :-

3 cawan nasi
Bawang putih 3 ulas *
Bawang Merah 2 ulas * 
Cili padi 2 tangkai * - kalau suka pedas boleh tambah lagi
( tumbuk bersama bahan yang bertanda * )

4 ekor ikan yang direbus ( lepas rebus akak gorengkan sikit, jangan garing sangat )
( lepas goreng, asingkan isi dan tulang kemudian tumbuk isinya, tulangnya boleh buang la .. hihih )

1 biji telor
Sayur ( apa2 jenis sayur.. akak gunakan kacang buncis/kacang panjang ) potong kecik2
Cili merah - hiris
Garam
Gula
Minyak

Cara membuatnya :
1 ) Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda * ( bawang putih, bawang merah dan cili padi ) sehingga sedikit garing.
2) Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk, masak sebati kemudian pecahkan telur dan goreng bersama ikan tadi.
3) Masukkan sayur yang telah dipotong. Bila dan masak perasakan dengan sedikit garam dan gula. Garam jangan letak banyak sangat sebab isi ikan rebus dah masin.
4) Masukkan nasi dan gaul sebati kemudian masukkan hirisan cili merah. Siap masak dah boleh hidang.

Makan dengan keropok lagi sedap.... nyummmmsssss....

Wednesday, January 11, 2017

Masih mood ber'bento'

Haih la semangat berblog ni, cepatlah datang.. tiap2 hari duk remind dalam kepala ni nak update blog.. hampehh..
Tapi hari ni rasa ada kekuatan sikit, cuma kumpul jer la semua gambar2 bento dalam 2 minggu persekolahan ni.. jom la layan gambar. akak tak pandai nak mendeko, just a simple bento for my lovely kids :)

Bihun goreng singapore dan buah epal untuk my prince n princess. Ini bekal hari ke 3 persekolahan. Bekal hari ke 2 tak leh nk snap gambar sebab phone akak abis bateri.. hihi

Kueytiaw Goreng & Biskut Ori untuk Faqihah dan Faqih. Untuk mami pun sama cuma tambah epal. Anak2 tak makan pun epal yang mami bekalkan semalam, so hari ni tak letak la.

Nasi goreng cina, limau n puding untuk anak2, epal dan nasi goreng untuk mami... ini bekal terakhir untuk minggu ni, yeayyyy esok ngn lusa cuti, so mami rehat la dari ber 'bento'..

Ahad Minggu ke 2, repeat mee goreng sebab kakak request. Sedap sangat katanya.. apa lagi, berbunga2 la hati mami. Kali ni tambah telor dadar. Seronok tau bila diorang balik jer sekolah dan cakap, hari ni kami habiskan bekal.. lagi bersemangat la nak masak :)

Isnin Minggu ke 2, nasi goreng ayam, sosej dan puding untuk anak2 n untuk mami tambah epal, stok epal masih ada so kita habiskan la mana2 yang ada. Bekal yang ni pun licin dimakan anak2... wah.. mami extra hepi..

Selasa Minggu ke 2, Nasi Putih, Ayam Masak Kicap dan Telor Mata untuk ank2 dan mami. Anak2 akak tak nak makan sayur, terpaksa la asingkan sayur2 tu untuk diorang. Macam mana la nak buat diorang suka sayur ni, kalau ada sikit pun sayur ataupun bawang dalam makanan diorang, terus tak nak makan... Adoiiii...

Dan.. yang ni last untuk hari ni. Hero mami tak pergi sekolah hari ni, demam selsema. 
kesian sangat coz malam tadi duk batuk2 ngn hidung tersumbat. So pagi ni, cuma ada bento untuk kakak Faqihah ngan mami jer la. Hari ni repeat lagi Kueytiaw Goreng n Keropok. Untuk kakak mami bekalkan extra burger KFC sebab hari ni ada aktiviti ko kurikulum kat skolah, boleh la buat makan untuk tengahari nanti. 

Rasanya setakat ni jer la dulu celoteh akak untuk hari ni. Harap2 esok ada update la dari akak yang tak berapa nak rajin ni. Segala celoteh dari akak ni hanya sekadar untuk kenangan akak dan family... untuk tatapan anak2 lepas ni. Seronok tau simpan kenangan macam ni, kalau rindu2 boleh la jenguk blog.. 

Owh sebelum terlupa, akak tak share resepi lagi tau, nanti2 la yer... akak is tak berapa rajin nak menaip. hahahaha.. sabar jer la






Sunday, January 1, 2017

Bento Day 1

Hari ni mood ber 'bento' ikhlas dari hati untuk anak2 tersayang. Sementara mood mami masih rajin ni, marilah anak2 kita nikmati bekalan ikhlas air tangan mami ni. Sebenarnya dah lama plan nk buat bento ni, alhamdulillah, tercapai jugak hasratku. Syukur..

Kakak Faqihah ada kelas KAFA hari ni, jadi kena la mami buat bekal makanan yang berat sikit supaya dia tak la lapar nak menunggu makan tengahari kat sekolah. Abang Faqih pulak mintak nak bawak bekal jugak, padahal kat tadika dah disediakan makanan... tak per la.. mami layankan jer karenah anak-anak. Mami pun boleh tumpang sekaki, jimatkan duit belanja sarapan pagi. :)

1/1/2017 ~ Mee Goreng , Epal n Air Ribena

Nikmat untuk dikongsi bersama. Rezeki dari Allah s.w.t. Akak follow fb Kelab Bento Malaysia untuk dapatkan idea buat bento ni cuma akak ni belum ada kekuatan untuk mendeko bento anak2 sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan ibu2 dalam kelab tu. Serius sangat cantik dan menarik deko2 yang diorang buat, akak rasa akak tak mampu... huhuh nangis...

Ni akak kongsikan resepi untuk buat Mee Goreng, senang jer nak buat.. akak pun cedok resepi2 dalam internet jugak.. hihihi

Resepi Mee Goreng
Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Secukup Rasa
Kicap secukupnya
1 ikat sayur sawi
Udang dan ayam
Limau nipis - perah
Daun bawang - tabur

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.

Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. Sementara ianya mendidih, ketika ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja. Air lebih kurang 1/2 mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.

Masukkan udang dan ayam serta batang sawi. Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan daun sawi. Masukkan sedikit serbuk secukup rasa ( akak tak gunakan garam sebab mee biasanya dah masin ), kacau rata bolehlah ditutup api.

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur cili merah hiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis. 

Kredit resepi : Azie Kitchen

Selamat Tahun Baru 2017






Assalamualaikum... selamat menyambut tahun baru 2017.. hahaha agaknya akak ni jenis yang update blog 2 tahun sekali. Last update 2015 n now dah 2017. Tiba-tiba datang balik mood nak update blog. Semangat tengah berkobar-kobar, almaklumlah baru masuk tahun baru kan, hari baru, ahad pulak tu permulaannya... memang otak tengah fresh betul la.

Untuk tahun ni tak der nak tetapkan azam apa2, cuma mengharapkan sesuatu yang baik untuk diri ini dan keluarga. Semoga keluargaku beroleh keberkatan di dunia dan akhirat, semoga ditetapkan iman agar sentiasa dapat beribadat kepadaNya dan dihindari dari segala keburukan di dunia yang penuh dugaan ini.

Cuma nak khabarkan, tahun 2016 akak tak tulis blog.. bulan Mei akak dianugerahkan seorang cahaya mata lagi.. baby boy.. nanti2 akak #tb kan pasal tu yer.. hari ni nak ambik mood New Year, harap2 bertahanlah kerajinan akak untuk terus menulis blog ni sebagai kenang-kenangan. Di tahun baru ni pun akak nak doakan orang2 yang akak sayangi dan sahabat2 disekeliling akak agar diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan... aamiin...