Kakak Faqihah ada kelas KAFA hari ni, jadi kena la mami buat bekal makanan yang berat sikit supaya dia tak la lapar nak menunggu makan tengahari kat sekolah. Abang Faqih pulak mintak nak bawak bekal jugak, padahal kat tadika dah disediakan makanan... tak per la.. mami layankan jer karenah anak-anak. Mami pun boleh tumpang sekaki, jimatkan duit belanja sarapan pagi. :)
1/1/2017 ~ Mee Goreng , Epal n Air Ribena
Nikmat untuk dikongsi bersama. Rezeki dari Allah s.w.t. Akak follow fb Kelab Bento Malaysia untuk dapatkan idea buat bento ni cuma akak ni belum ada kekuatan untuk mendeko bento anak2 sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan ibu2 dalam kelab tu. Serius sangat cantik dan menarik deko2 yang diorang buat, akak rasa akak tak mampu... huhuh nangis...
Ni akak kongsikan resepi untuk buat Mee Goreng, senang jer nak buat.. akak pun cedok resepi2 dalam internet jugak.. hihihi
Resepi Mee Goreng
Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Secukup Rasa
Kicap secukupnya
1 ikat sayur sawi
Udang dan ayam
Limau nipis - perah
Daun bawang - tabur
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
Setelah
cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air. Masak
sehingga mendidih dan terbit minyak. Sementara ianya mendidih, ketika
ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja. Air lebih kurang 1/2
mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.
Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur cili merah hiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis.
No comments:
Post a Comment