Tapi hari ni rasa ada kekuatan sikit, cuma kumpul jer la semua gambar2 bento dalam 2 minggu persekolahan ni.. jom la layan gambar. akak tak pandai nak mendeko, just a simple bento for my lovely kids :)
Bihun goreng singapore dan buah epal untuk my prince n princess. Ini bekal hari ke 3 persekolahan. Bekal hari ke 2 tak leh nk snap gambar sebab phone akak abis bateri.. hihi
Kueytiaw Goreng & Biskut Ori untuk Faqihah dan Faqih. Untuk mami pun sama cuma tambah epal. Anak2 tak makan pun epal yang mami bekalkan semalam, so hari ni tak letak la.
Nasi goreng cina, limau n puding untuk anak2, epal dan nasi goreng untuk mami... ini bekal terakhir untuk minggu ni, yeayyyy esok ngn lusa cuti, so mami rehat la dari ber 'bento'..
Ahad Minggu ke 2, repeat mee goreng sebab kakak request. Sedap sangat katanya.. apa lagi, berbunga2 la hati mami. Kali ni tambah telor dadar. Seronok tau bila diorang balik jer sekolah dan cakap, hari ni kami habiskan bekal.. lagi bersemangat la nak masak :)
Isnin Minggu ke 2, nasi goreng ayam, sosej dan puding untuk anak2 n untuk mami tambah epal, stok epal masih ada so kita habiskan la mana2 yang ada. Bekal yang ni pun licin dimakan anak2... wah.. mami extra hepi..
Selasa Minggu ke 2, Nasi Putih, Ayam Masak Kicap dan Telor Mata untuk ank2 dan mami. Anak2 akak tak nak makan sayur, terpaksa la asingkan sayur2 tu untuk diorang. Macam mana la nak buat diorang suka sayur ni, kalau ada sikit pun sayur ataupun bawang dalam makanan diorang, terus tak nak makan... Adoiiii...
Dan.. yang ni last untuk hari ni. Hero mami tak pergi sekolah hari ni, demam selsema.
kesian sangat coz malam tadi duk batuk2 ngn hidung tersumbat. So pagi ni, cuma ada bento untuk kakak Faqihah ngan mami jer la. Hari ni repeat lagi Kueytiaw Goreng n Keropok. Untuk kakak mami bekalkan extra burger KFC sebab hari ni ada aktiviti ko kurikulum kat skolah, boleh la buat makan untuk tengahari nanti.
Rasanya setakat ni jer la dulu celoteh akak untuk hari ni. Harap2 esok ada update la dari akak yang tak berapa nak rajin ni. Segala celoteh dari akak ni hanya sekadar untuk kenangan akak dan family... untuk tatapan anak2 lepas ni. Seronok tau simpan kenangan macam ni, kalau rindu2 boleh la jenguk blog..
Owh sebelum terlupa, akak tak share resepi lagi tau, nanti2 la yer... akak is tak berapa rajin nak menaip. hahahaha.. sabar jer la
No comments:
Post a Comment