Tuesday, December 24, 2013

# MEMORI 2013 # Taman Tamadun Islam, K. Terengganu

Fuhhhh.....gigih aku nak menyiapkan entri 2013... awal2 tak sempat nak update, sekarang terhegeh2 la..kadang2 dah lupa mana satu yang aku pergi dulu ni...hahahaah...lantaklah..yang penting gambar kenangan tu ado...

Setelah kepenatan di Muzium Kuala Terengganu, kami bergerak lagi ke Taman Tamadun Islam...dekat jer ngan muzium tu... letaknya di Pulau Wan Man. Kat taman ni dipaparkan 22 buah monument Islam dari 21 buah negara yang hebat merentasi Asia, Eropah dan Afrika. Berada kat dalam taman ni, ko rasa macam boleh imbas kembali zaman kebangkitan Islam yang berkembang ke benua-benua seluruh dunia. Rasa macam duk di luar negara... hebat hasil binaannya walaupun hanya model, tapi nampak real..

Tiket untuk masuk ke taman monumen bagi dewasa ialah RM 20.00, Kanak-kanak ( 7-12 tahun ) RM 15.00, Kanak-kanak ( 6 tahun ke bawah ) adalah percuma. So, kakak ngan adik masuk free... Harga tiket yang korang bayar tu adalah termasuk pas masuk, Passport, Baucer Makanan RM 2.00 dan Baucer Cenderahati RM 2.00. So nanti diorang akan bagi kita 1 passport dan masa kat pintu masuk tu diorang akan cop sebagai tanda kita dah datang ke taman ni untuk kali pertama... Untuk baucer makanan dengan cenderahati tu pulak, tak boleh ditukarkan dengan duit yer...so habiskanlah kat situ.. macam aku ngan family kumpul baucer cenderahati tu dapatlah jumlah RM 10.00 dan kami satu set key chain.

Ni lah passport yang aku maksudkan, bila korang nak keluar nanti dia akan cop lagi kat bahagian belakang tu. Nanti kalau korang datang lagi kat sini bawak jer passport ni, untuk visit kali kedua korang akan dapat menikmati kemudahan tram @ basikal secara percuma.




Untuk tidak memenatkan kami berjalan mengelilingi taman ni, kami sewa tram. Cuma bayar RM5 setiap seorang, naik la sepuas hati korang...unlimited... selain dari tram diaorang ada jugak sediakan sewaan buggy, basikal ngan basikal elektrik.
Pintu masuk Taman Monumen

Jom kita pusing taman monument.... kebanyakan gambar ni snap dari atas tram, so agak kurang menarik la kualiti gambar ni...tapi tak per, asalkan ada kenzzzz.....

Masjid Negara Malaysia
Dibina pd tahun 1965 sebagai tanda penghormatan kepada PM pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yg terbuka dan menaranya pula adalah payung yang tertutup.

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin
Dibina pd tahun 692M. Menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah


Kincir Air TTI

Pattani Central Mosque, Thailand

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
( Dalam proses pembaikan )



Taj Mahal, Agra, India


Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan

Great Mosque Of Samarra, Iraq



Abu Nasr Parsa, Afghanistan





Masjidil Haram, Mecca, Saudi Arabia

Aleppo Citadel, Syria

Kul Shariff Mosque, Kazan, Russia



Xian Mosque, China

Banyak lagi monumen yang tak sempat disnapkan gambarnya. Tapi boleh rujuk ngan mr google. Tempat ni sangat cantik dan menarik untuk dikunjungi. Keluar dari TTI kami bergerak ke Masjid Kristal. Tapi kat sini aku tak snap gambar dan tak turun pun dari kereta sebab si kecik mentido... yang lain2 jer turun. So tak der entri untuk masjid kristal, mungkin lain kali kalau pergi lagi aku update. Sekian.....penat...

Tunggu la untuk entri yang akan datang... aku dah lenguh menaip dan memikirkan ayat untuk update blog ni..


# MEMORI 2013 # Muzium Kuala Terengganu

Selepas semalaman di Kuantan, kami bergerak pulang ke Dungun. Singgah dan bermalam lagi di rumah ayah aku. Keesokan pagi barulah bergerak turun ke Kuala Terengganu. Kali ni kami singgah di Muzium Kuala Terengganu untuk bawak anak-anak mengenali sejarah Terengganu, negeri kelahiran ayahku. Aku sendiri pun tak banyak tahu pasal sejarah negeri Terengganu ....so mari kita terjah muzium ini....

Muzium ni letaknya berhampiran dengan Perkampungan Keropok Losong dan Taman Tamadun Islam. Banyak peninggalan sejarah yang ada di sini, antaranya ialah Batu Bersurat. Kalau korang penat berjalan, ada jugak disediakan tram tapi aku tak ingat la kekerapan dia ambik penumpang. Kami berjalan jer, penat sangat2 dan kami tak habis pun pusing satu kawasan muzium tu.

Kat dalam muzium ni ada galeri antaranya galeri tekstil, galeri di raja, galeri islam, galeri ilmu kejadian, galeri sejarah dan galeri kraf. Lepas tu kat luar pulak korang boleh tengok rumah-rumah tradisional Terengganu, kapal dengan perahu tradisional Terengganu, kereta2 lama dan banyak lagi la... Kami kena pergi lagi sebab belum habis lawat satu kawasan muzium.... Kepenatan dengan kerenah anak-anak yang tak larat nak berjalan... Jom layan gambar sebelum kita bergerak ke Taman Tamadun Islam pulak....




kat belakang kakak tu adalah kapal

Jom naik kapal


Ni lah rupanya Muzium Terengganu

Gambar kali ni tak banyak sebab kami tak round seluruh kawasan. Cuaca panas sangat, kesian kat ma dengan anak2 aku. Destinasi persinggahan seterusnya adalah Taman Tamadun Islam. Dekat jer dengan muzium ni, tak sampai 5 minit perjalanan dengan menaiki kereta.

# MEMORI 2013 # Teluk Cempedak, Kuantan Part 1

Cuti 1 November aku ngan adik-adik bertolak ke Terengganu...hubby tak dapat ikut sebab ada Perlawanan Akhir Piala Malaysia TRW lawan Pahang di Stadium Shah Alam, Selangor. So kami bergerak mengikut haluan yang berlainan la.. Cuti kali ni ngan adik bradik dan ma jer. Kami bermalam kat rumah ayah aku di Dungun. Keesokan paginya barulah kami gerak ke Kuantan. Seronok bila dapat berkumpul dengan adik-adik ni. Kecoh giler...kalau hubby ada lagi la kecoh ...

Sampai Kuantan kami terus singgah Teluk Cempedak then lepas tu baru ler cari tempat nak menginap. Nasib baik la ada lagi bilik yang kosong time tu. Kami duk hotel bajet jer tapi selesa. Asalkan dapat bersama, bersempit pun kami rela....hahahaha...

Pantai Teluk Cempedak ni femes la di kalangan pelancong...aku ni kategori pelancong la jugak kan...hahahaha... kali pertama jejak kaki kat sini bersama keluarga tercinta... seronok tak terkata... Sebelah malam lagi happening katanya kat sini tapi kami tak berpeluang untuk datang sebelah malam sebab jem giler, memang happening ler teww.... Faqih ngan Faqihah bukan main seronok la bila jumpa pasir ngan pantai....terlonjak2 nak turun mandi pantai....sorry dear, cuaca sangat panas...

Tempat makan banyak kat sini, ada restoran fast food ngan masakan panas... pilih jer nak makan kat mana...kami makan kat satu restoran ni, lupa la nama dia, tapi okey la...harga berpatutan. Kedai cenderahati pun berderet...korang pilihlah nak membeli kat kedai mana, macam-macam ada...

okey, sudahlah membebel .... mari kita layan gambar....



Cik Su kat atas jambatan Teluk Cempedak..

Kakak

Tok ma ngn kakak

Cantiknya ciptaan Allah

Kedai cenderahati... time ni kakak tengah pilih gelang

Taraaaaaa......dapat jugak gelang untuk kakak

encem boy mummy....geraaaammmmmm ngn mulut dia sekarang

Sebenarnya banyak lagi gambar2 kami kat sana, cuma yang ni ada kat phone aku....yang lain nanti aku updatekan kemudian k...so akan ada entry Teluk Cempedak Part 2 ler kan....gitewwwww....

Choww....lepas ni entry Terengganu pulak menyusul... 

# MEMORI 2013 # Cameron Highlands Part 2

Sambungan Part 1. Kami menginap di Cameron selama 2 malam dan antara tempat-tempat menarik yang kami kunjungi kat sini ialah :-

Taman Agroteknologi Mardi

Taman ni terletak kat Tanah Rata. Dalam taman ni ada kebun strawberry tapi kecik jer la, kebun teh, ada tanaman bunga-bunga, tanaman sayur-sayuran dan ada jugak kedai cenderamata kat dalam ni. Bayaran masuk untuk dewasa RM 3 dan kanak-kanak RM 1.50. Masa kami sampai kat sini tak ramai lagi orang, tapi bila time nak balik tu, rombongan bas sekolah dengan rombongan lawatan dari Kelantan pun sampai....ramai la orang time tu... Jom layan gambar...



Tuan belog yang kembang semangkuk...hihihhi..

Mama tersayang

with kiddos

Nyyummmmm...eskrim stoberi



Feeling Dato'CT jap..... stoberi cicah cekelat..hihihi



Anak dara mummy

sayuran segar..

eskrim lg...

anak dara aku.... hadoiiiiii..... lepak macam kat umah..

Kg Tradisional Taman Sedia

Kampung ni pun terletak kat Tanah Rata, lepas keluar dari Taman Agroteknologi Mardi, kami singgah kat kampung ni. Penduduk kampung ni semuanya melayu. Apa yang ada kat sini ialah deretan kedai cenderamata dan kebun strawberi. rumah penginapan pun ada kat sini. Kami tak masuk ke kedai cenderamata, lalu jer pun....Gambar yang disnap pun entah hilang ke mana...agaknya dah terdelete...so kita mohon bantuan mr google yer.... cantik dan bersih jer kampung ni.





Sumber : Google

Ladang Teh Bharat, Tanah Rata

Terletak di tepi jalan utama antara Pekan Ringlet dan Tanah Rata. Pemandangan hijau yang menyejukkan mata....Cantik tak terkata. Kat sini ada kedai jual teh bermacam-macam perisa dan nak menikmati teh panas pun boleh kat sini.....segarrrrrrr...

Pintu masuk utama ladang teh bharat

Tak larat nak turun bawah, ladang yang luas terbentang..


Cantik.....

Kea Farm

haaaaaa....kat sini memang boleh giler dibuatnya. Terletak lebih kurang 3km dari Pekan Brinchang....semua jenis sayuran ada kat sini dan semuanya ko akan rasa nak beli dan nak makan. Semua sayur kat sini fresh dan dijual dengan harga yang murah. Bukan setakat sayur-sayuran dan buah-buahan jer ada kat sini, cenderamata, bantal hiasan ngan makanan pun ada. Parking memang agak susah sebab kawasannya yang sempit, pandai-pandai la yer. Kebanyakan penjual kat sini orang Cina dan pekerja-pekerjanya kebanyakannya gadis dari seberang. Kalau nak bawak balik sayur-sayuran yang segar, haruslah singgah kat sini hari terakhir korang berada di Cameron. Tapi kami asyik duk ulang alik beli jagung manis ngan ubi keledek untuk rebus kat bilik penginapan kami....hari last nak balik pun kami singgah lagi... :)

Aku tak snap gambar kat sini sebab Tg Faqih tengah meragam, jadi aci tak aku masukkan gambar yang kami pergi Tahun 2011?? Masa ni tengah pregnantkan Tg Faqih.... hahahah aci tak aci, ini belog aku... suka hati ler kan...

2011 Masa ni cik ngah ikut skali...trip ni cik ngah tak ikut...

Tahun 2011 Adik pun ikut time ni..but untuk trip kali ni dia tak dapat ikut..

Tahun 2011 Masa ni aku tengah pregnant...hihihih....tengah tawar menawar

Tahun 2011 ...ma tengah pilih buah-buahan segar....

Tahun 2011... jagung manis

Tahun 2011... penuh dengan sayur-sayuran segar

Banyak lagi tempat yang kami pergi tapi tak der snap gambar, macam kat Pekan Brinchang tu ada pasaraya, kedai makan masakan panas, ada jugak fast food dan kat sini jugak ada pasar malam. Malangnya masa kami pergi tak der pasar malam sebab dia cuma bukak hari Jumaat ngn Sabtu dan sepanjang musim cuti sekolah. Tapi tak per sebab dulu dah pernah pergi pasar malam, memang meriah..sepanjang jalan ada orang berniaga. 

Rumah Penginapan Persekutuan, Cameron Highlands

Alhamdulillah, seronok sangat bercuti bersama keluarga. Dapat pulak menginap di tempat yang sangat awsome.... layanzz gambar kat RPP Cameron yer....










Harap-harap lepas ni boleh pergi lagi la sebab memang tak puas menikmati udara Cameron, pemandangan yang hijau dan sayuran yang segar... In Shaa Allah...