Tuesday, December 24, 2013

# MEMORI 2013 # Muzium Kuala Terengganu

Selepas semalaman di Kuantan, kami bergerak pulang ke Dungun. Singgah dan bermalam lagi di rumah ayah aku. Keesokan pagi barulah bergerak turun ke Kuala Terengganu. Kali ni kami singgah di Muzium Kuala Terengganu untuk bawak anak-anak mengenali sejarah Terengganu, negeri kelahiran ayahku. Aku sendiri pun tak banyak tahu pasal sejarah negeri Terengganu ....so mari kita terjah muzium ini....

Muzium ni letaknya berhampiran dengan Perkampungan Keropok Losong dan Taman Tamadun Islam. Banyak peninggalan sejarah yang ada di sini, antaranya ialah Batu Bersurat. Kalau korang penat berjalan, ada jugak disediakan tram tapi aku tak ingat la kekerapan dia ambik penumpang. Kami berjalan jer, penat sangat2 dan kami tak habis pun pusing satu kawasan muzium tu.

Kat dalam muzium ni ada galeri antaranya galeri tekstil, galeri di raja, galeri islam, galeri ilmu kejadian, galeri sejarah dan galeri kraf. Lepas tu kat luar pulak korang boleh tengok rumah-rumah tradisional Terengganu, kapal dengan perahu tradisional Terengganu, kereta2 lama dan banyak lagi la... Kami kena pergi lagi sebab belum habis lawat satu kawasan muzium.... Kepenatan dengan kerenah anak-anak yang tak larat nak berjalan... Jom layan gambar sebelum kita bergerak ke Taman Tamadun Islam pulak....




kat belakang kakak tu adalah kapal

Jom naik kapal


Ni lah rupanya Muzium Terengganu

Gambar kali ni tak banyak sebab kami tak round seluruh kawasan. Cuaca panas sangat, kesian kat ma dengan anak2 aku. Destinasi persinggahan seterusnya adalah Taman Tamadun Islam. Dekat jer dengan muzium ni, tak sampai 5 minit perjalanan dengan menaiki kereta.

No comments: