Taman Agroteknologi Mardi
Taman ni terletak kat Tanah Rata. Dalam taman ni ada kebun strawberry tapi kecik jer la, kebun teh, ada tanaman bunga-bunga, tanaman sayur-sayuran dan ada jugak kedai cenderamata kat dalam ni. Bayaran masuk untuk dewasa RM 3 dan kanak-kanak RM 1.50. Masa kami sampai kat sini tak ramai lagi orang, tapi bila time nak balik tu, rombongan bas sekolah dengan rombongan lawatan dari Kelantan pun sampai....ramai la orang time tu... Jom layan gambar...
Tuan belog yang kembang semangkuk...hihihhi..
Mama tersayang
with kiddos
Nyyummmmm...eskrim stoberi
Feeling Dato'CT jap..... stoberi cicah cekelat..hihihi
Anak dara mummy
sayuran segar..
eskrim lg...
anak dara aku.... hadoiiiiii..... lepak macam kat umah..
Kg Tradisional Taman Sedia
Kampung ni pun terletak kat Tanah Rata, lepas keluar dari Taman Agroteknologi Mardi, kami singgah kat kampung ni. Penduduk kampung ni semuanya melayu. Apa yang ada kat sini ialah deretan kedai cenderamata dan kebun strawberi. rumah penginapan pun ada kat sini. Kami tak masuk ke kedai cenderamata, lalu jer pun....Gambar yang disnap pun entah hilang ke mana...agaknya dah terdelete...so kita mohon bantuan mr google yer.... cantik dan bersih jer kampung ni.
Sumber : Google
Ladang Teh Bharat, Tanah Rata
Terletak di tepi jalan utama antara Pekan Ringlet dan Tanah Rata. Pemandangan hijau yang menyejukkan mata....Cantik tak terkata. Kat sini ada kedai jual teh bermacam-macam perisa dan nak menikmati teh panas pun boleh kat sini.....segarrrrrrr...
Pintu masuk utama ladang teh bharat
Tak larat nak turun bawah, ladang yang luas terbentang..
Cantik.....
Kea Farm
haaaaaa....kat sini memang boleh giler dibuatnya. Terletak lebih kurang 3km dari Pekan Brinchang....semua jenis sayuran ada kat sini dan semuanya ko akan rasa nak beli dan nak makan. Semua sayur kat sini fresh dan dijual dengan harga yang murah. Bukan setakat sayur-sayuran dan buah-buahan jer ada kat sini, cenderamata, bantal hiasan ngan makanan pun ada. Parking memang agak susah sebab kawasannya yang sempit, pandai-pandai la yer. Kebanyakan penjual kat sini orang Cina dan pekerja-pekerjanya kebanyakannya gadis dari seberang. Kalau nak bawak balik sayur-sayuran yang segar, haruslah singgah kat sini hari terakhir korang berada di Cameron. Tapi kami asyik duk ulang alik beli jagung manis ngan ubi keledek untuk rebus kat bilik penginapan kami....hari last nak balik pun kami singgah lagi... :)
Aku tak snap gambar kat sini sebab Tg Faqih tengah meragam, jadi aci tak aku masukkan gambar yang kami pergi Tahun 2011?? Masa ni tengah pregnantkan Tg Faqih.... hahahah aci tak aci, ini belog aku... suka hati ler kan...
2011 Masa ni cik ngah ikut skali...trip ni cik ngah tak ikut...
Tahun 2011 Adik pun ikut time ni..but untuk trip kali ni dia tak dapat ikut..
Tahun 2011 Masa ni aku tengah pregnant...hihihih....tengah tawar menawar
Tahun 2011 ...ma tengah pilih buah-buahan segar....
Tahun 2011... jagung manis
Tahun 2011... penuh dengan sayur-sayuran segar
Banyak lagi tempat yang kami pergi tapi tak der snap gambar, macam kat Pekan Brinchang tu ada pasaraya, kedai makan masakan panas, ada jugak fast food dan kat sini jugak ada pasar malam. Malangnya masa kami pergi tak der pasar malam sebab dia cuma bukak hari Jumaat ngn Sabtu dan sepanjang musim cuti sekolah. Tapi tak per sebab dulu dah pernah pergi pasar malam, memang meriah..sepanjang jalan ada orang berniaga.
Rumah Penginapan Persekutuan, Cameron Highlands
Alhamdulillah, seronok sangat bercuti bersama keluarga. Dapat pulak menginap di tempat yang sangat awsome.... layanzz gambar kat RPP Cameron yer....
Harap-harap lepas ni boleh pergi lagi la sebab memang tak puas menikmati udara Cameron, pemandangan yang hijau dan sayuran yang segar... In Shaa Allah...
No comments:
Post a Comment