Percutian kami ke Cameron Highlands ni pada bulan September 2013. Kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan, Cameron Highlands. Tempat penginapan ni khas untuk kakitangan kerajaan sahaja. Nak booking ni punyalah susah...dah dapat terus bayar, tak payah nak fikir banyak sebab bayangkanlah, aku booking ni awal bulan Januari 2013 lagi...fuhhhhhhh.... tapi memang sangat berpuas hati dan macam terkejut giler tengok bilik kat sini. Aku ambik bilik biasa jer dengan harga RM25 semalaman...murah kan??? SANGAT MURAH OKEY !!!! dan aku bayangkan memang tak muat satu bilik untuk family aku yang agak besar....aku ambik lagi satu bilik untuk ma ngan adik aku.
Dan, lihatlah betapa kagumnya aku dengan keluasan bilik biasa kat sini, luas giler....siap ko boleh main kejar2 dalam ni...okey... tipuuuu...xder la main kejar2...ruang yang ada tu boleh ko bentangkan lagi tilam extra... hihihihih.... BERBALOI...
Serius, memang rasa macam duduk hotel. Cantik kan? aku snapkan gambar semua tempat dalam bilik ni untuk tatapan kawan-kawan yang mungkin plan nak menginap kat sini.. betul2 memuaskan hati. Kat bawah bilik ada taman permainan kanak-kanak. Masa kami pergi sangat sejuk, tido malam rasa macam tak cukup selimut. hahahahaha.....
Rasanya cukup dulu untuk hari ni...sambung part 2 esok yer...in Sha Allah...
No comments:
Post a Comment