Tuesday, December 24, 2013

# MEMORI 2013 # Taman Tamadun Islam, K. Terengganu

Fuhhhh.....gigih aku nak menyiapkan entri 2013... awal2 tak sempat nak update, sekarang terhegeh2 la..kadang2 dah lupa mana satu yang aku pergi dulu ni...hahahaah...lantaklah..yang penting gambar kenangan tu ado...

Setelah kepenatan di Muzium Kuala Terengganu, kami bergerak lagi ke Taman Tamadun Islam...dekat jer ngan muzium tu... letaknya di Pulau Wan Man. Kat taman ni dipaparkan 22 buah monument Islam dari 21 buah negara yang hebat merentasi Asia, Eropah dan Afrika. Berada kat dalam taman ni, ko rasa macam boleh imbas kembali zaman kebangkitan Islam yang berkembang ke benua-benua seluruh dunia. Rasa macam duk di luar negara... hebat hasil binaannya walaupun hanya model, tapi nampak real..

Tiket untuk masuk ke taman monumen bagi dewasa ialah RM 20.00, Kanak-kanak ( 7-12 tahun ) RM 15.00, Kanak-kanak ( 6 tahun ke bawah ) adalah percuma. So, kakak ngan adik masuk free... Harga tiket yang korang bayar tu adalah termasuk pas masuk, Passport, Baucer Makanan RM 2.00 dan Baucer Cenderahati RM 2.00. So nanti diorang akan bagi kita 1 passport dan masa kat pintu masuk tu diorang akan cop sebagai tanda kita dah datang ke taman ni untuk kali pertama... Untuk baucer makanan dengan cenderahati tu pulak, tak boleh ditukarkan dengan duit yer...so habiskanlah kat situ.. macam aku ngan family kumpul baucer cenderahati tu dapatlah jumlah RM 10.00 dan kami satu set key chain.

Ni lah passport yang aku maksudkan, bila korang nak keluar nanti dia akan cop lagi kat bahagian belakang tu. Nanti kalau korang datang lagi kat sini bawak jer passport ni, untuk visit kali kedua korang akan dapat menikmati kemudahan tram @ basikal secara percuma.




Untuk tidak memenatkan kami berjalan mengelilingi taman ni, kami sewa tram. Cuma bayar RM5 setiap seorang, naik la sepuas hati korang...unlimited... selain dari tram diaorang ada jugak sediakan sewaan buggy, basikal ngan basikal elektrik.
Pintu masuk Taman Monumen

Jom kita pusing taman monument.... kebanyakan gambar ni snap dari atas tram, so agak kurang menarik la kualiti gambar ni...tapi tak per, asalkan ada kenzzzz.....

Masjid Negara Malaysia
Dibina pd tahun 1965 sebagai tanda penghormatan kepada PM pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yg terbuka dan menaranya pula adalah payung yang tertutup.

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin
Dibina pd tahun 692M. Menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah


Kincir Air TTI

Pattani Central Mosque, Thailand

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
( Dalam proses pembaikan )



Taj Mahal, Agra, India


Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan

Great Mosque Of Samarra, Iraq



Abu Nasr Parsa, Afghanistan





Masjidil Haram, Mecca, Saudi Arabia

Aleppo Citadel, Syria

Kul Shariff Mosque, Kazan, Russia



Xian Mosque, China

Banyak lagi monumen yang tak sempat disnapkan gambarnya. Tapi boleh rujuk ngan mr google. Tempat ni sangat cantik dan menarik untuk dikunjungi. Keluar dari TTI kami bergerak ke Masjid Kristal. Tapi kat sini aku tak snap gambar dan tak turun pun dari kereta sebab si kecik mentido... yang lain2 jer turun. So tak der entri untuk masjid kristal, mungkin lain kali kalau pergi lagi aku update. Sekian.....penat...

Tunggu la untuk entri yang akan datang... aku dah lenguh menaip dan memikirkan ayat untuk update blog ni..


No comments: