Sunday, December 27, 2009
Ngantuk gilos weh!!
Thursday, December 24, 2009
Setia Kasih
Letih...Penat...Hati Kecewa..
tidak ada yang mengerti perasaan ini...apa kemahuanku....
Ya Tuhan, aku memohon agar diKau memberi aku kekuatan agar jiwaku tenang,setenang air di kali.....Amin....
Tuesday, December 8, 2009
Lagi berita kejadian di KB Mall
KOTA BHARU: “Saya macam tidak percaya apabila menyaksikan sebuah kereta tiba-tiba ‘terbang’ dari tingkat atas sebelum jatuh ke atas tangga bergerak di ruang legar kompleks,” kata Mohd Jawaidi Mohd Zain, 23.
Penolong Pengurus Kyros Kebab itu berkata, sebelum kejadian dia sibuk melayan pelanggan di premisnya di ruang legar berhadapan tangga bergerak berkenaan.
Katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti bangunan runtuh sebelum terlihat sebuah kereta Ford Laser jatuh dari tingkat atas lalu menghempap tiga wanita di tempat kejadian.
“Saya dan pelanggan tergamam sebelum lari menyelamatkan diri,” katanya.
Kejadian kira-kira jam 5 petang itu berlaku apabila kereta di tingkat tiga parkir kereta pasar raya KB Mall di sini, hilang kawalan sebelum merempuh dinding dan terjunam ke bawah dari ketinggian lebih 18 meter lalu menghempap tiga penuntut Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan bandar ini.
Kejadian itu menyebabkan dua daripada pelajar berkenaan iaitu Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, mati di tempat kejadian manakala Siti Nordiana Azman, 18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Seorang lagi pelajar kolej itu, Rashidah Ahmad Lufti, 24, dan pemandu kereta itu, Nor Ain Said, 19, cedera parah.
Suasana mencemaskan itu menyebabkan aktiviti perniagaan lebih 40 premis di pasar raya terbabit terpaksa dihentikan bagi memberi laluan kepada lapan anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim dan Kota Bharu melakukan tugas menyelamat.
Kejadian turut menyebabkan Jalan Hamzah berhampiran sesak teruk kira-kira dua jam apabila sekitar bangunan pasar raya itu dipenuhi hampir 2,000 orang awam yang mahu melihat keadaan itu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata kejadian berlaku apabila kereta dipandu Nor Ain Said, 19, bersama adiknya, Nor Atikah, 17, hilang kawalan ketika ditolak seorang lelaki dikenali sebagai Sabri, 27, bagi menghidupkannya.
Menurutnya, kereta berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin di tingkat tiga dan menghempap tiga penuntut kolej berkenaan.
“Siti Nor Amira dan Rashidah di temui di tangga bergerak, manakala Nordiana terpelanting ke bawah,” katanya.
Menurutnya, Nor Ain dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut, manakala Sabri dan Nor Atikah dipercayai melarikan diri dan gerakan mengesan mereka bagi membantu siasatan sedang dilakukan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Tragedi Menggemparkan di KB Mall
KOTA BHARU - Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku.
Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan 'terjunam dari langit' terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.
Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam.
Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.
Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.
Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.
Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian.
Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.
**Adik2 aku baru jer nak gi shopping masa hari kejadian,nasib baik la tak jadi pergi....hmmm....
Wednesday, November 25, 2009
Musim Tengkujuh
Sunday, November 15, 2009
Fasha Sandha n Penyokong Kelantan??
Bukan citer menang atau kalah nak aku highlightkan kat sini...ini kisah si perempuan gedik Fasha Sandha tu...dulu aku minat giler kat dia coz nampak sopan santun, baik budi pekerti dan berhati mulia.....tapi rupa2nya itu hanya plastik.....yang aku tak paham lepas gosip2 ngan jantan2 yang ader kat Malaysia nie, ader la plak dia menempekkan muka masa Piala Malaysia baru-baru ni...di pihak Kelantan pulak tu..mamat Kelate mana pulak la yang jadi kegilaannya perempuan ni??
Semalam terbaca la dalam paper yang rupanya pompuan ni pergi ke sana bersama ngan pengurus dia,orang Kelantan....so dia pun jadilah penyokong Kelantan jugak....tapi aku memang mual tgk pompuan ni...
Wednesday, November 11, 2009
Update 11/11/2009
buat masa sekarang aku sedang lalui perubahan yang baru di tempat yang baru, walaupun di tanah tumpah darahku namun situasinya agak asing bagi diriku....sukar bagi aku untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini tapi ku tabahkan diri dan kupekakkan telinga mendengar suara-suara sumbang yang menerjah ke cuping telingaku ini....biar apa skalipun telahan mereka, aku tidak akan sekali2 mempedulikannya...hanya aku dan Tuhan saja yang tahu bagaimana dan kenapa ianya terjadi...
Wednesday, September 16, 2009
Majlis Bukak Poser
lokasi restoran adalah di bandar Kota Bharu @ PK Corner.....1st date ngan hubby, kitaorang minum kat sini la...hehehe...tringat zaman muda remaja....
layannnzzzz..............
Antara menu yang d'order...daging black pepper, ayam goreng halia, kailan ikan masin, tomyam seafood, telur dadar ngan ikan siakap stim( x der dlm gambar coz order lambat smpai ) huu...meleleh air liur....
Thursday, September 10, 2009
Memang korang x nampak
huh!! sungguh kurang asam garam rumahtangga betul la diaorang ni...aku x sempat nak bernafas pun...update blog ni pun time dah nak balik opis...sajer nak meluah perasaan, kalo tak pada saper lagi aku nak citer kalo x kat sini...
hmm...lepas ni kalo keje tu x jalan, jangan la pulak salahkan aku sebab aku dah bagitau yang aku memang tak sempat nak buat 3 kerja dalam satu masa...lantak la korang nak cakap aper kat aku...aku pun dah x der mood nak keje kat sini lagi...
Wednesday, September 9, 2009
Raser nak Marah ker nak Gelak??
ader ker patut, kitaorang samer2 dapat 2 tugas, tapi dihasutnya member aku ni supaya buat 1 tugasan jer....yang lagi satu tu dia suruh pass kat aku..macam aku x der keje...gilo ko weh??? mung tak napok ko kijo aku ni melambok lagi atah mejo ni!!!!!!nok suruh aku ngamok sini ko???
agaknya dia tak puas hati sebab dia tak diberi tugasan yang aku ngan member aku pegang ni kot.... x per la, sib baik la member aku ni jenis yang tak makan hasutan....aper2 hal, aku kesian ngan orang yang jenis suka dengki mendengki ni...lambat laun Tuhan akan tunjuk jugak...
Misteri Di Pagi Rabu
pastu dia cakap " abis, saper yang datang tadi? ke nko keluar pastu masuk balik?"......." tak la, saya baru sampai ni "...selamba aku menjawab...
Kak Ros pun terpinga2...." tapi akak nampak nko masuk tadi ".... meremang bulu roma aku.....
" biar betul kak!".......aku dah nebes ni... " betul...akak nampak nko lalu tadi. ker.. akak nampak saper? tapi memang ghuper nko"..jawab Kak Ros dengan confidentnyer...."ish, takut saya kak"...kata aku sambil berlalu meninggalkan Kak Ros yang masih dalam kebingungan...
aku tengok gak punch card kot2 dah ader yang mengetipnya....eeii..seram jugak aku dibuatnya....jangan pulak ader yg menyerupai aku kat opis ni....mintak dijauhkan dari benda2 sebegini....
Friday, September 4, 2009
Dugaan di bulan pose...
eiiii...giler babas dah raser otak aku ni...help! help! somebody help me.... hak yang kat dalam ni pulak, asyik2 nak tolak permohonan...giler aku dibuatnya....pastu majikan komplen...bla! bla! bla!...kater pulak aku x buat keje...siap repot ke HQ....yang kena semburnyer aku!...bawak permohonan gi negeri, boleh lulus pulak tu...permainan politik aper kah yang diperjudikan sekarang???
Al-Fatihah buat arwah Mak Teh
Ragut @ Ramadhan
dalam kekalutan dan kesesakan lalulintas tu, nafas aku terhenti seketika, lidah terkelu....kat depan aku, sorang mamat ni tengah pecahkan cermin kete di hadapan aku, aku nampak depan mata aku, mamat tu tarik beg kepunyaan owner kete dan berlaku adegan tarik menarik tapi akhirnya mamat tu berjaya mengambil beg tersebut yang kemungkinan diletakkan di tempat duduk sebelah penumpang...
dah dalam keadaan jem, macam mana nak kejar peragut tu...terpaksa dibiarkan macam tu jer...aku yang tengok tu pun berdebar2...terfikir jugak kalo la benda ni terjadi kat aku, mau pengsan aku dibuatnya....
tapi sebelum ni pun aku selalu ingatkan diri aku supaya tak letakkan barang2 berharga kat tempat duduk sebelah @ kat tempat duduk aku...takut wei...orang2 jahat ni tak kira waktu diaorang nak buat keje...bulan poser lagi la,, nak carik duit buat beli baju raya haram...
Saturday, August 29, 2009
aku @ kampung
bayangkan dlm keadaan kepenatan selepas berbuka, aku gagahkan diri untuk siapkan baby dan pack barang untuk balik kg....kitaorang bertolak malam tu jugak...perjalanan balik ke kampung pada malam itu menguji kekuatan mental hubby aku dengan hujan turun sepanjang perjalanan...
kul 8 pagi sampai Kb, kitaorang terus ke hospital...maser tu bukan time melawat, so kitaorang balik rest kat umah mak aku dulu sementara tunggu time melawat tengahari....kul 12.30 skali lagi kitaorang gi hospital, maser tu dah dibenarkan utk masuk ke wad, tapi cuma 2 orang jer skali masuk....aku sebenarnya jenis yang kurang kuat semangat kalo bab2 masuk hospital ni...nk masuk dlm ICU plak tu...dengan pelbagai jenis pesakit, dengan wayar sana sini...tapi aku kuatkan jugak semangat...
aku masuk ngan hubby, tengok keadaan nenek...Ya Allah,sebak hatiku....wayar penuh dibadan, mulut dan hidung...kesian, pilu n hiba...aku berdoa agar Allah memelihara umatnya ini....Amin...
Thursday, August 13, 2009
aku yg tertinggal @ ketinggalan zaman??
lepas slm ngan peluk cium Che' Mah, aku menyeberangi jalan untuk menunggu bas T529 yang akan menuju ke Stesyen Komuter Shah Alam...lepas beberapa minit menunggu maka tibalah bas yang aku tunggu...budak2 yang ada kat sana bukannya beratur nak naik bas tapi berebut2 pulak...agaknya akak driver bas tu bengang, dia x nak bukak pintu...puas budak2 tu mengetuk pintu barulah dibukaknya...apa lagi,hangin akak tu membebel2 smpaikan budak2 tu pun mintak maaf ngan dia....
sampai giliran aku yang tengah standby duit RM1 untuk membayar tambang bas..tupp..tetiba akak tu tutup tmpat masukkan duit tu ngan tangan dia..."sorry dik, kite dah x jual tiket skarang"...aku pun terpinga2...abis tu mcm mn ni?? " kalo nak kena beli kad TnG...RM5,RM10..bla,bla,bla"....sib baik ader lagi RM10 dlm purse..."ok lah kak,saya beli RM5"..."oo...sori,kalo nak yang RM5 kena masukkan not RM5, RM 10 x leh.."
"aii...mcm2 la pulak makcik ni""grrrrrrrr...geram tul aku...last skali aku beli gak kad RM10...smbil berjalan ke tempat duduk, aku masih terfikir2,kenapa aku x tau yang skrang dah ader sistem mcm ni??kenapa aku ketinggalan zaman sangat ni?? dah lama sgt ker aku x naik bas smpai tiket tak dijual pun aku x tahu....
berfikir la aku spanjang perjalanan tu...bila ramai org dh turun, aku melilau2 di ruangan bas tu, barulah aku terbaca notis yang ditampal, sistem tiket dah x digunakan mulai 1 Julai 2009 untuk bas T529 sahaja....aper punya bongok nyer aku x tau pasal benda nie....
pastu dah dekat2 nak sampai stesyen komuter tu aku terpandang la kat depan cermin bas tu, dah besau2 ditampal "HANYA MENERIMA TOUCH N GO SAHAJA"....bengong tul aku x tengok maser nak naik bas tadi.....
geli hati pun ader gak....smpai jer kt sana aku terus ambik keta n drive dengan fikiran masih melayang2 teringatkan peristiwa tadi.....betul2 ketinggalan zaman la aku nie...
Wednesday, August 12, 2009
berdua denganmu....
mmm...minggu ni jugak la aku dtinggalkan berdua dengan baby...hubby aku lagi skali blk kampung coz family dia nk g UTM,konvo adik ipar aku n hubbynyer..
tido berdua jer la aku mlm ni dan 7 hari berikutnya...uwaaaa....takut gak walaupun ada jiran sekeliling tapi tabahkan ati jer la...bkn x besa coz dulu masa pegnen pun aku duk sorang jer...tapi yang susahnya kalo aku nak ke mana2...nk bawak si kecik tu bukan main ssh...dia meraung2 kalo aku letakkan dlm baby seat...nk mintak tulun saper ek??
mcm mn la aku nk hadapi hari tanpa hubby selama seminggu..mmg x berasap la dapur aku coz si kecik tu mmg x leh tgk aku duk dapur...mula la dia pun nk nolong...nolong sepahkan barang2 dapur...
*citer2 yang sebelum ni,nanti aku hupdet len kali...mls nk menaip
Friday, August 7, 2009
Yang Berjaya & Yang Gagal...renungkan..
Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa berkata ¡°biar saya buat kerja ini untuk awak¡±
Seorang yang gagal sentiasa berkata ¡°ini bukan kerja aku¡±
Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan
Seorang yang berjaya berkata ¡°perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan¡±
Seorang yang gagal berkata ¡°perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah¡±
Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata ¡°aku dah silap¡±
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata ¡°ini bukan silap aku¡±
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji
Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha
Seorang yang berjaya berkata ¡°Aku mesti lakukan sesuatu¡±
Seorang yang gagal berkata ¡°Sesuatu mesti dilakukan¡±
Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang
Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya
Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan
Monday, July 20, 2009
Aksi Ulangan Malaysia vs MU
Mungkinkah Manchester United akan mempamerkan belang sebenar pada perlawanan kedua hari ini setelah hampir dikejutkan dengan aksi bertenaga pasukan kebangsaan Sabtu lalu?
Atau mungkin juga keputusan 2-3 kelmarin disebabkan United ‘beri muka’ kepada pasukan kebangsaan dan menyimpan tenaga untuk memberikan keputusan yang mengaibkan seperti mana pada 2001 di mana kita kalah 0-6?
Ini merupakan antara kemungkinan yang bermain difikiran aku menjelang perlawanan kedua United-Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Mungkin perlawanan Sabtu lalu diadakan pada sebelah waktu siang di mana pemain United keletihan beraksi dalam cuaca panas, juga kerana baru sahaja tiba di negara ini sehari sebelum perlawanan.
Keputusan 2-3 kelmarin memang baik namun secara peribadinya aku berpendapat United tidak beraksi pada tahap terbaik. Mereka juga mungkin memandang rendah kemampuan kita yang membawa kepada aksi kurang bersungguh-sungguh. Namun hari ini mereka mungkin akan bangkit dengan aksi sebenar kerana mereka kini sudah mendapat rehat secukupnya.
Aku tak rasa kecemerlangan yang kita lakukan Sabtu lalu mampu diulangi. Lagipun para pemain kita sudah berhabis-habisan pada perlawanan itu. Begitu juga Amri Yahyah, bagi aku dua gol yang dijaringkan Sabtu lalu hanya akan kekal sebagai kenangan paling manis dalam kariernya tanpa mampu diulangi hari ini. Tapi siapa tau tuah menyebelahi Amri...
Keputusan perlawanan ini baik kerana sekurang-kurangnya kita tidak diaibkan dengan jaringan besar dari MU.
United-Malaysia beraksi dalam perlawanan kedua di stadium yang sama hari ini setelah Siri Jelajah 2009 kelab England itu dibatalkan di Indonesia ekoran insiden pengeboman dua hotel mewah di Jakarta, Jumaat lalu.
Walaupun kalah, Amri Yahyah muncul wira pasukan kebangsaan apabila menjaringkan dua gol. Keputusan perlawanan membuktikan skuad kebangsaan sudah dapat menandingi pasukan terbaik di dunia, namun kita kalah dari segi taktikal. Apa yang menarik ialah permainan agresif para pemain yang sentiasa mengejar bola.
Walaupun kurang yakin pasukan kebangsaan mampu mengulangi kecemerlangan seperti mana Sabtu lalu namun skuad kebangsaan telah membuktikan mampu memberi tentangan ke atas United yang beraksi dengan baik.
* aku sokong dari umah jer la malam ni...kalau la dapat pergi lagi... Malaysia Boleh!!
Malaysia vs Manchester United
Mendengar sahaja nama kelab bolasepak Manchester United sudah cukup untuk membuatkan pihak lawan merasa gerun dengan keunggulannya sebagai sebuah kelab ternama dunia. Sememangnya kelab ini bukan sahaja telah mencipta nama sebagai sebuah kelab bolasepak paling berpengaruh tetapi turut mencipta fenomena sebagai sebuah kelab yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia.
Bukan hanya orang dewasa sahaja yang meminati kelab ini malah para ibu-bapa akan sedaya upaya mengheret anak-anak mereka supaya turut menggilai kelab ini. Yang pasti, apa yang aku dapat lihat, anak2 kecil juga dibawa menyaksikan perlawanan ini. Pakcik2 n makcik2 yang bertongkat pun ada sama.
Kedatangan kelab ini ke Malaysia untuk satu perlawanan persahabatan semalam pastinya akan memenuhi impian peminat fanatiknya di sini. Pasukan manakah menjadi pilihan anda. Malaysia atau Manchester United? Tidak kiralah pasukan mana yang anda sokong tetapi tujuan anda datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini adalah untuk menyaksikan satu perlawanan yang menarik dan menghiburkan. Begitu jugalah aku...
Beberapa bintang besar MU yang beraksi adalah seperti Edwin Van der Sar (Ben Foster), Patrice Evra, Rio Ferdinand (West Brown), Anderson (Ryan Giggs), Dimitar Berbatov (Ferico Macheda), Wayne Rooney (Michael Owen), Nani, Paul Scholes (Zoran Tosic), John O Shea, Jonny Evans, Darron Gibson .Lebih menarik Owen menyarung jersi nombor tujuh milik pemain hebat United terdahulu seperti Eric Cantona dan David Beckham.
Bagi skuad bimbingan K. Rajagobal, antara bintang yang beraksi adalah seperti Mohd Farizal Marlias ( best giler penjaga gol ni ), Mohd Asraruddin Umar (Mohd Azmi Muslim), Norhafiz Zamani Misbah (kapt) (K Gurusamy), Mohd Aidil Zafuan, Mazlizam Mohd (V Thirumurugan), Safiq Rahim (Mohd Sabree Mat Abu), Amar Rohidan (Mohd Bunyamin Omar), Indra Putra Mahyuddin (Badrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah (baik punyer player), Mohd Khyrill Muhymeen, Zaquan Adha (Norshahrul Idlan Talaha).Perlawanan ini tidak lain tidak bukan sebagai persiapan menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia dan Sukan SEA Laos hujung tahun ini.
GEGAK gempita Stadium Nasional, Bukit Jalil bergemuruh dalam satu suara menjulang wira Malaysia, Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009. Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia, barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri - anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53.Amri membuktikan diri sebagai pemain tengah berwibawa negara dengan membuat tindakan bijak ketika melihatkan Van der Sar terkeluar daripada posisinya.
Amri menampilkan prestasi baik dengan melakukan lambungan menakjubkan melepasi penjaga gol MU itu pada penghujung saingan babak pertama sekaligus menggamatkan 100,000 penyokong dengan tiga perempatnya berbaju merah.
Tonggak tengah itu kemudian membuktikan ia bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk, sekali lagi menggamatkan kapasiti penuh di Bukit Jalil.
AMRI dipeluk rakan sepasukan selepas gol untuk Pilihan Malaysia ketika menentang Manchester United dalam aksi 'Jelajah MU 2009' di Stadium National, Bukit Jalil. |
United mula membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney seawal minit kelapan dengan gol kedua pelawat menyusul minit ke-27 hasil sumbangan Nani. Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat.
Aper pun aku tetap berbangga dengan Skuad Malaysia yang mempamerkan aksi hebat di perlawanan ini....thanks to my hubby sebab bawa aku ke sana...
* hubby terkejut beruk tengok aku bersorak sakan masa Amri menjaringkan gol...hehehe...aku pun x terperasan sebab xcited sangat...
Thursday, July 16, 2009
Kenduri Durian
Adegan tawar menawar antara hubby ngan penjual durian....setelah dipersetujui, dengan bermurah hati penjual durian tersebut meng'offer'kan kami 2 biji durian free dengan setiap pembelian RM20.00( 14 biji )...jadi jumlah durian yang kami dapat ialah 16 biji..
Umphh...telan air liur aku melihat warnanya yang kuning keemasan...sabar2, nk snap gambar dulu sebelum dirasa...
Thursday, July 9, 2009
Kursus Induksi ( Part 1 )
Pagi semasa aku nak bertolak tu, tiba la saat2 yang membuatkan aku menitiskan air mata kerana terpaksa berjauhan dari baby dan hubby kesayangan..11 hari tu..aku tengok kelopak mata hubby aku juga bergenangan air mata..x sangka aku, dia pun sedih jugak..yer la, nanti dia keseorangan la kat umah..
Mulanya aku bercadang untuk ke Batu Pahat berseorangan, tapi pagi tu Azizi ader call aku, katernya Tina,Ammar n Nizam nk kumpul kat Subang dulu...aku pun ubah fikiran, nak konvoi ngn diaorang gak la..
Kitaorang bertolak dari Subang kul 9 pagi, berhenti kat R&R Seremban coz Kak Dah tunggu kat situ untuk gi kenduri umah Baei kt Muar..sampai Muar dalam kul 12 lebih, terus isi perut yang kelaparan..tak sempat tunggu pengantin coz kitaorang kena lapor diri kul 2.30 petang...
Sampai kat ADTEC Batu Pahat dalam kul 2 lebih, terus lapor diri dan diarah berkumpul di dewan..penat giler tu..sampai jer terus start program...
Ha...kat sini la terjadinya moment yang paling aku tak sangka..nanti sambung la ek..dah lenguh tangan menaip ni..
Luahan Hati @ Perasaanku
salah ker kalau aku nak berbaik2 ngan semua orang? aku adalah aku, memang tak boleh tukar jadik orang lain..aku dengan cara aku, kenapa orang nak pertikaikan lagi?
kenapa aku dituduh menjadi talam dua muka? aku dituduh menjadi batu api? terkilan dan sedih sangat, aku dianggap berpura2 baik di hadapan semua orang...orang yang tak kenal aku siapa mungkin akan beranggapan begini rupa...
aku dituduh bersekongkol untuk menjatuhkan satu puak...aper ni?? niat aku cuma satu, untuk berbaik dengan semua orang yang aku kenal..tak pernah sedetik pun terlintas dalam fikiran aku untuk memilih kawan...
bila dah jadi macam ni, aku perlu lebih berhati2 dalam berkawan...dan mulai dari saat ini, aku sudah bertekad, aper sajer yang aku lakukan, biarlah aku sendirian daripada aku makan hati berulam jantung...
senang citer, aku buat hal aku jer, tak payah nak baik ngan saper2 pun.. yang penting, niat aku datang kerja untuk cari duit tanggung family aku..yang lain2 aku akan tolak ke tepi...lantak la aper orang nak fikir pasal aku..
Wednesday, June 24, 2009
Kursus Induksi KSM ( 27/06/09 - 07/07/09 )
Nak citer yang best dulu la...
Syoknyer coz boleh jumpa ngan member2 lama maser kursus orientasi KSM dulu...boleh citer panjang ngan diaorang coz masing2 posting kat Terengganu, N. Sembilan, Melaka dll.. lagi satu lepas dah kursus ni, dah lengkap la syarat2 untuk pengesahan jawatan aku...hehehe.. Kat cawangan aku nie yang terlibat ngan kursus cuma aku ngan member sorang...kesian dia, dah la baru kawin..kena pulak tinggalkan bini..alamatnya tido mlm x der bantal peluk la..kih kih kih.. Yang melucukan, biler member aku yang sorang ni dapat jer surat tu, dia x der la baca betul2..kononnya happy la dapat g induksi coz lambat lagi, rupa2nya dia x terpandang tarikh tu 26/06/09..Sabtu ni la...ada lagi 2 hari untuk dia "bermesra" ngan isteri... bila aku cakap kat dia terus dia kelam kabut...kesian..ish! ish! ish!..
Citer yang x best pulak...
Macam mana ngan baby aku?? Saper nak tolong jaga?? Alahai... Hubby aku bukannya reti sangat nak jaga baby ni...kelam kabut jugak aku dibuatnya..Kalo aku suruh hubby pun gerenti dia surrender...Nak suruh babysitter?? nanti aper kater dia pulak...poning palo den ni... 2 minggu nyer kursus tu... Mak aku pulak dah balik kampung, nak suruh dia datang sini pun tak boleh coz dia pun tengah sibuk duk uruskan kemasukan adik aku ke politek... Macam mana ni... huargh.... tulun! tulun!
Cian sayang mummy nak kena tinggal ek..bucuk2 jangan nakal2 ek..nanti mummy fikirkan macam mana nak selesaikan problem ni..
Tuesday, June 23, 2009
Jangan Korek Telinga Anda !!
Risiko Mengorek Telinga. Wajarkah Amalan Ini Diteruskan ?...
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telingaTidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.“Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.
Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telingaKatanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif.
Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya.Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya.Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.
Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi telingaKanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.
Gaji! Oh Gaji!
arghhh...lambatnya..aku dah betul2 kering ni..makan pun kena catu sekarang ni tapi yang paling penting baby aku tak kebuluran la..
Hari ni pulak sib baik la pejabat negeri ader buat makan2...makan pree la aku..hehehe.. Allah tu Maha Kaya dan Mengetahui di mana hamba-hambaNya yang dalam kesusahan maka diturunkan rezeki dan nikmat untuk dikecapi bersama. Syukur Alhamdulillah...
Bila dah dapat gaji nanti kena pandai2 la berjimat nak lagi orang macam aku ni yang berpendapatan tak seberapa..den tak kayo!!!..cukup makan ngan pakai la..
Rasanya kalo bukan sebab accident itu hari, kewangan kitaorang tak la seteruk ni..tapi aku menerima takdir dan ketentuan dariNya yang Maha Kuasa. Mungkin sekarang Dia sedang menguji kami sekeluarga dan suatu hari nanti aku amat berharap agar kami sekeluarga akan dilimpahkan rahmat dariNya...Amin..
Thursday, June 18, 2009
Kursus Pengurusan Perkhidmatan
Tapi dalam ngantuk2 tu pun, masuk la jugak skit ilmu dalam kepala otak aku ni..kalo nk faham semua aku rasa 2,3 hari kursus pun blm tentu dapat tangkap semua...sib baik la exam perkhidmatan yang aku ambik bulan Februari lepas dah lulus..alhamdulillah..syukur...
Pergi exam ari tu pun aku tak baca aper2..tak sempat nak tengok pun buku...cuma gunakan ilmu di dada jer la untuk jawab soalan tu..terer gak ler kiranya aku..hehehe..
Tuesday, June 9, 2009
buah Hati Kesayanganku - Part 3
Kupujuk Mama agar tidak bersedih...mengalir air mata aku menyaksikan perpisahan seorang nenek dan cucunya...tapi sampai bila baby aku nak tinggal ngan mama...dia pun perlukan kasih sayang dari aku dan ayahnya....
Sampai sekarang, Mama aku selalu datang ke KL untuk menjenguk cucunya yang semakin tembam tu...kuat menyusu betul baby aku tu...
Umur dia sekarang dah masuk 10 bulan...ermm...lasak pulak tu...sabar jer la...
Friday, June 5, 2009
Thursday, June 4, 2009
Buah Hati Kesayanganku - Part 2
Aku berpantang kat kampung selama 2 bulan ( kelik Klate la ambo ).. Mama yang jaga aku bagai menatang minyak yang penuh masa berpantang tu ( tengok, besar betul pengorbanan ibu kan )..abis jer pantang, aku decide nak bawa terus anak aku balik KL tapi niat ku itu terhalang oleh desakan Mama yang tidak membenarkan cucunya dibawa pulang..( bukan aper..masa tu ada satu berita pasal baby yang ditinggalkan kat nursery, mati coz tersedak susu...tu yang dia risau coz aku nak kena tinggalkan baby kat nursery )...
Dengan hati yang berat dan luluh dan demi menjaga hati Mama, ku tinggalkan baby kesayanganku untuk dijaga oleh Mama...huhuhu...
Bila dah balik KL, tiap2 hari tak kira siang @ malam aku duk menangis duk teringat kat baby..maklumlah, terpaksa berjauhan di ufuk Timur sana..nasib baik la hubby selalu menangkan hatiku yang gundah gulana ni...
Tak tahan rasanya berjauhan dari anak walaupun sesaat..hatiku meronta-ronta nak balik kampung ambik baby aku tapi hubby suruh aku sabar dulu sementara baby dah kuat sikit..Ya Allah..........rinduuuuuuu sangat kat Faqihah...
Wednesday, June 3, 2009
Buah Hati Kesayanganku - Part 1
Puteri kesayangan ku ini dilahirkan pada 03/08/2008 pada jam 8.30 mlm di PPUM..penantian ku selama ini telah terbayar dengan kelahiran bayi comel ini yang seberat 3.19 kg...air mata kegembiraan dan kesyukuran mengalir di pipiku disaat nurse membawanya ke pangkuanku...kesakitan bersalin terubat dengan memandang matanya yang comel persis mutiara...tapi yang aku paling terkilan, pihak pengurusan hospital tidak memanggil suamiku disaat aku melahirkan..bertarung nyawa aku bersendirian tanpa ditemani suami..hanya Dia yang tahu betapa sakitnya saat lahirnya seorang insan di dunia ini...sekarang barulah aku tahu, pengorbanan inilah yang dilalui ibuku semasa melahirkan aku..terima kasih Mama...kasih sayang dan pengorbananmu tidak ternilai harganya dan kini setelah aku bergelar ibu, aku sedar betapa besar pengorbanan semua ibu2 di dunia ini..
Salam Perkenalan
rasanya hari pertama ni idea belum datang lagi..nanti la aku cuba balik fikir-fikirkan..
aku gerak dulu..sekian sajer laporan untuk ari ni...